Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam
Sejahtera
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmatNya kepada
kita untuk bertemu sekali lagi bulan penuh keberkatan, Bulan Ramadhan pada
tahun 1430 Hijrah ini.
Ramadhan, Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali.
Ramadhan kali ini
sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin
bertambah. Sebab itulah kita perlu lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini
dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya.
Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana kemungkinan kita
tidak akan menemuinya di tahun hadapan.
Sebagai seorang Mukmin, marilah kita menghayati Ramadhan yang ianya sinonim
dengan ibadah puasa. Konotasi puasa membawa maksud yang tersurat dan tersirat.
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang
hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.
Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukanya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

Dalam konteks garapan penghayatan Ramadhan sebagai warga Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pelbagai kelangsungan aktiviti boleh
dijadikan ibadah bermanfaat. Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan
berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba
dengan Tuhannya. Memakmurkan malam-malam sepanjang bulan Ramadhan adalah sunat
dan amat dituntut oleh Islam.
Antara ibadat-ibadat yang dituntut sepanjang
Ramadhan ialah solat Tarawih, membaca Al-Quran dan memahami sekerap
yang mungkin.
Walaubagaimanapun, ianya bukanlah penghalang kepada efisien kecekapan tugas seharian di pejabat, sebaliknya mampu menjadi pemangkin sinergi kerjaya kepada mereka yang benar-benar bertaqwa.
Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan. Malam itu lebih baik dari seribu bulan.

Penghayatan Ramadhan juga mampu diselami dengan meneliti kembali sunnah, sirah
dan sejarah Rasullullah, para Sahabat serta Tabi’in tatkala mereka masih berada
di dalam bulan ini suatu masa dahulu.
Oleh yang demikian, hidupkanlah Ramadhan dengan penjanaan sinergi dan
persekitaran yang soleh lagi kondusif. Semoga segala pekerjaan, ibadah, tekad
dan usaha jitu mahasiswa KUIM ini dapat mencapai matlamat memaju dan
meningkatkan martabat pengajian Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pengajian
tinggi negara.
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak, bulan rahmat yang penuh keberkatan.
"Transformasi Mahasiswa Ulul Albab Beragenda"
Mohamad Aliff Azrai Bin Mat Zain Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka |
No comments:
Post a Comment