Sunday, 30 September 2012

TARGET SISWA SIHAT

                                             
                     Disediakan oleh : Diana Dawson     




            KUIM : Ahad 23 sep 12  telah berlangsung  satu program di mana program ini telah melibatkan 500 lebih mahasiswa dan pegawai  KUIM . Program Siswa Sihat 1 Malaysia ini telah diadakan di Stadium KUIM . Program ini bertujuan untuk meningkatkan gaya hidup yang lebih sihat khususnya kepada mahasiswa dan mahasiswi KUIM .   
         Menurut salah seorang pengarah kesihatan negeri Melaka, program ini telah di perkenalkan ke semua IPT dan IPTS di Malaysia sejak tahun lepas lagi. Menurutnya lagi, program ini diadakan adalah untuk mengelakkan pelbagai penyakit seperti serangan jantung, sesak nafas dan obesisti yang berpunca dari peringkat awal di kalangan para remaja sekarang . Oleh yang demikian pihak kerajaan telah mengambil beberapa anisiatif untuk melancarkan program ini terutamanya kepada para remaja dalam lingkungan 18 dan 20 an.    
        Beliau berkata, pemakanan adalah salah satu faktor dan punca utama pelbagai penyakit di kalangan para remaja mahupun masyarakat pada masa kini. Beliau telah menekankan dengan  mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan senaman tiga kali seminggu bagi mengelakkan penyakit kronik yang boleh menyumbang kepada kadar dan peningkatan peratus kematian. Mengikut kajian yang telah di buat ,kadar kematian dan kadar peratus kematian yang berlaku adalah berpunca dari merokok      .                      
“Saya berharap dalam program yang sedemikian telah dapat mencapai target untuk menjadikan mahasiswa dan mahasiswi sihat dari segi fizikal dan mental. Saya juga telah di maklumkan bahawa KUIM adalah salah satu IPTS pertama di negeri Melaka  yang terpilih untuk terlibat dalam PROGRAM SISWA SIHAT 1 MALAYSIA” Tambah beliau.
    Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah ujian saringan yang di buat secara terbuka kepada semua warga KUIM dan staf-staf kerajaan untuk menguji tahap kesihatan mereka. Dengan mengadakan aktiviti seperti ini telah memberi satu peluang kepada mereka untuk menguji tahap kesihatan. Dalam program ini juga pihak kementerian kesihatan telah memberi satu modul pemakanan secara sihat dan seimbang kepada mahasiswa yang menghadapi masalah kegemokkan dan obesiti selama enam bulan. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu para remaja dalam mencapai target siswa sihat.                                                                                                                                   
      Pengarah pegawai kesihatan berkata , berjalan kaki juga dapat memberikan kesan yang baik terhadap tubuh badan sekiranya di jadikn amalan seharian . Oleh itu. tidak mustahil bagi mencapai target siswa sihat .Beliau berharap agar program ini dapat diadakan pada masa akan datang .                      

No comments:

Post a Comment