Monday, 21 May 2012

Memorendum kepada Datuk NC dan Datuk TNC oleh YDP MPMKUIM

Pengenalan
Menyelusuri sebahagian perjalanan hidup ketika ini bergelar Yang DI-Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pastinya seribu satu likuan dan ranjau yang perlu ditempuh. Lebih-lebih lagi saya yang memikul amanah daripada Allah hasil kepercayaan dan pemberian mandat oleh warga Kolej Universiti Islam Melaka sekalian. Sesungguhnya amanah yang saya pikul bukanlah suatu kebanggaan tetapi merupakan satu amanah berbentuk tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Justeru, ke arah mendepani isu-isu kebajikan mahasiswa, MPMKUIM terus mengorak langkah memperjuangkan kebajikan khas untuk warga KUIM. Oleh itu, saya mewakili MPMKUIM mengadakan Memorandum untuk diserahkan kepada pihak pentadbir sebagai mewakili suara mahasiswa KUIM berkaitan masalah mereka dan cadangan kepada pihak pentadbir agar KUIM lebih menjadi yang terbaik di masa akan datang.
Berikut adalah sebanyak 25 Momerandum Kebajikan Mahasiswa dan beberapa cadangan Kepada Pihak Pentadbir agar dapat dilaksanakan di KUIM ini.

MEMORANDUM PERTAMA : Mengurangkan Denda Kad Perpustakaan Yang Terlalu Mahal.
Setelah mendengar masalah masalah daripada pelajar yang telah tamat belajar di KUIM ini.,rata-rata daripada mereka menyuarakan ketidakpuas hatian mereka terhadap denda yang terlampau mahal di atas kehilangan Kad Perpustakaan. Satu kad yang hilang di kenakan denda RM 50.00 .dan Kad Perpustakaan di beri adalah 2 keping. Jika kedua-duanya hilang mahasiswa di kehendaki membayar denda sebanyak RM 100.00. Ia tersangat tidak relevan kerana terlampau mahal. Tambahan lagi,kad perpustakaan masih mengunakan cara lama iatu mengunakan manila kad sebagai kad perpustakaan ia menyamai seperti perpustakaan sekolah rendah. Sekiranya Kolej ingin di naikan taraf university haruslah menjaga standard perpustakaan agar menjadi contoh kepada IPT yang lain. Sebagai cadangan ,mohon agar di mansuhkan denda RM50 ataupun kurangkan kepada RM 5.00 sahaja. Dan membuat perubahan terhadap mutu kad perpustakaan.

MEMORANDUM KEDUA : Makmal Komputer dibuka Pada Waktu Malam
Penggunaan makmal komputer yang terhad hanya pada waktu siang adalah amat menyukarkan kepada segelintir mahasiswa yang hendak melayari internet tetapi tidak mempunyai kemudahan komputer riba sendiri bagi menyiapkan tugasan mereka , berikutan pada waktu siang mereka mengalami kekangan masa setelah menghadiri sesi perkuliahan seawal pagi sehingga petang , oleh itu hanya pada waktu malam sahaja mereka dapat meluangkan masa untuk mencari maklumat tambahan bagi tugasan mereka.Semua sedia maklum bahawa setiap mahasiswa di kehendaki membayar RM 50.00 dalam yuran setiap semester, jadi tidak salah kiranya para pentadbir KUIM membuka makmal komputer untuk kegunaan mahasiswa setimpal dengan bayaran yuran setiap sesester itu.

MEMORANDUM KETIGA : Kegunaan Bus Kolej Pada Hujung Minggu Ke Melaka Sentral
Berikutan penambahan pelajar yang mendaftar di kuim , kemudahan bas awam yang disediakan daripada kuala ke masjid tanah dan ke melaka central adalah amat terhad dan terlalu padat apabila tiba hujung minggu,sehingga menyebabkan para pelajar terpaksa berebut dengan orang awam untuk menaiki bas tersebut. Justeru bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,kemudahan bas pada hujung minggu untuk ke melaka central adalah amat diperlukan oleh para mahasiswa kuim.Kami mencadangkan agar pihak KUIM menyediakan jadual pengangkutan bus ke MC pada setiap hujung minggu berkerjasama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa.

MEMORANDUM KEEMPAT : Masalah Bumbung di Tempat Letak Kenderaan Rumsis
Mahasiswi yang tinggal di Rumsis saidina usman dan saidina umar serta blok bahagian Tun Teja dan Tun Fatimah mengeluh apabila mereka dihadkan tempat parking motosikal di satu tempat khas yang tidak berbumbung. Sekiranya mereka parking di kawasan lain, akan dikenakan saman ke atasnya. Sekiranya tempat yg dikhaskan adalah relevan, sebaiknya bumbung disediakan bagi mengelakkan kerosakan motosikal akibat panas serta hujan.

MEMORANDUM KELIMA : Masalah Tempat Letak Kenderaan di setiap Fakulti
setiap fakulti memang telah menyediakan tempat letak kenderaan, tetapi agak jauh dari bangunan fakulti. Masih terdapat kawasan kosong yang boleh di jadikan tempat letak kenderaan tanpa menghalang sesiapa yang tidak digunakan. Ramai yang dikenakan saman kerana parking di sekitar kawasan lapang tersebut. Harap kawasan parking dapat diluaskan bagi memudahkan mahasiswa yang mempunyai kenderaan.

MEMORANDUM KEENAM : Permintaan Jalan Berturap ke Masjid Berhampiran Tasik
Untuk makluman pihak Tuan, kami membawa suara siswa-siswi KUIM agar pihak Kolej mewujudkan jalan berturap ke masjid yang berhampiran tasik. Jalan tersebut memudahkan siswa-siswi yang berjalan kaki untuk ke Masjid kerana jalan tersebut lebih dekat. Akan tetapi, jalan tersebut tidak berturap dan juga tidak berlampu. Ia agak berbahaya bagi pejalan kaki pada waktu malam yang ingin ke masjid untuk menunaikan solat.

MEMORANDUM KETUJUH : Pembinaan Susur Gajah (laluan penjalan kaki) Dari Pondok Pengawal ke Kafeteria
Berkenaan dengan laluan pejalan kaki berbumbung sering menjadi keluhan siswa siswi lebih-lebih lagi apabila hari hujan. Hal ini akan menjadi buah mulut mahasiswa kerana menyebabkan kelewatan hadir ke kelas. Masalah ini juga telah menjadi sebutan pada semester yang lepas tetapi dikatakan akan siap pada 2013. Adakah ini betul atau tidak? Dan rasanya pembinaan pejalan kaki berbumbung itu tidak memerlukan jangka masa yang panjang untuk menyiapkannya. Harap dapat dipertimbangkan secepat yang mungkin.
MEMORANDUM KELAPAN : Membaikpulih Kerosakan Gelanggang Futsal
Untuk makluman pihak tuan , gelanggang futsal yang terdapat di stadium kuim adalah sebanyak 3 buah gelanggang , tetapi hanya 2 buah sahaja yang boleh dgunakan , perkara ini menjadi masalah kepada pihak kami apabila menganjurkan sukan futsal ,tetapi tidak mempunyai gelanggang yang mencukupi. masalah kerosakkan gelanggang futsal ini juga telah berlarutan selama beberapa semestar,tanpa ada sebarang perubahan biarpun aduan telah banyak kali dilakukan.
MEMORANDUM KESEMBILAN : Mengurangkan Cas Penyimpanan Barang di Rumsis Pada Cuti Semester
Bayaran sebanyak RM 20 yang dikenakan kepada setiap pelajar yang meletakkan barang di stor rumsis adalah kurang releven , kerana bayaran tersebut agak mahal dan bayaran yang dikenakan tersebut tidak menjamin keselamatan barang yang ditinggalkan . Kerana terdapat aduan daripada segelintir mahasiswa yang meletakkan barang , melaporkan terdapat kehilangan barang yang disimpan

MEMORANDUM KESEPULUH : Mahasiswa Pulang ke KUIM sehingga jam 9
Permohonan agar waktu untuk mahasiswa pulang ke rumsis daripada jam 7 dianjakkan ke jam 9 adalah kerana beberapa faktor yang perlu diambil kira,antaranya : memudahkan pelajar yg berada di luar kawasan kampus untuk solat dahulu sebelum pulang ke kuim.Masalah kelewatan disebabkn menaiki kenderaan awam, pelajar di beri sedikit kelonggaran seperti IPT yg lain memudahkan pelajar yang berada di luar daripada negeri melaka untuk pulang. Antara sebab lain juga, memberi peluang kepada mahasiswa untuk makan di luar kawasan KUIM pada waktu malam. Bagi MPM melewatkan mahasiswa pulang ke rumsis pada jam 9 malam tiada masalah kerana mahasiswa mampu berfikir dan berdikari. Andaikata berlaku kes yang tidak di ingini yang melibatkan mahasiswa KUIM,KUIM berhak menarik balik kelonggaran ini kepada mahasiswa.Untuk mahasiswi kami mencadangkan agar waktu pulang ke KUIM pada jam 7 malam di kekalkan.

MEMORENDUM KESEBELAS : Pendaftaran Subjek, Jadual Peperiksaan dan Keputusan Peperiksaan Secara Online
Selaras dengan kemajuan teknologi sekarang dan matlamat KUIM untuk mencapai university penuh pada masa akan datang,Kami mencadangkan agar cara pendaftaran subjek, pemberitahuan jadual peperiksaan dan juga keputusan peperiksaan di lakukan secara online. Hal ini bagi meningkatkan lagi sistem pengurusan yang ada agar sesuai dengan taraf sebuah universiti kelak dan juga akan memudahkan pelajar. Pihak KUIM seharusnya memandang serius berkaitan ICT ini kerana setiap mahasiswa yang ingin melanjutkan pelajaran ke KUIM sering bertanya berkaitan dengan kemudahan ICT. Mungkin dengan adanya kemudahan ini memberi lebih kepercayaan kepada ibubapa terhadap KUIM.

MEMORANDUM KEDUA BELAS : Membina Pagar Antara Rumsis Tun Dengan Blok Bestari
Demi keselamatan para siswi ,kami mencadangkan agar di sediakan pagar antara blok Bestari dengan penempatan siswi di Tun Teja dan Tun Fatimah. Hal ini kerana kami mendapat aduan bahawa ada pelajar lelaki dan perempuan yang berjumpa pada waktu malam. Di khuatiri juga dengan ketiadaan pagar, akan memudahkan pelajar lelaki menyelinap masuk ke penempatan siswi ekoran penempatan siswi yang agak jauh dari pantauan di pondok pengawal.

MEMORENDUM KETIGA BELAS : Penambahan Mesin ATM
Bagi memudahkan pelajar dan juga staf di KUIM, kami ingin mencadangkan agar mesin ATM di tambahkan. Hal ini kerana, mesin ATM yang sedia ada tidak mencukupi dan kadangkala ianya rosak dan mengambil masa yang lama untuk di perbaiki.

MEMORENDUM KE EMPATBELAS : Etika Pakaian Menutup Aurat bagi Semua Pelawat
Ekoran kami sangat mengambil berat isu pemakaian mahasiswa dan mahasiswi di sekitar kampus. Oleh itu, kami ingin mencadangkan agar adanya protokol dan etika pemakaian bagi pelawat juga. Hal ini kerana kami memerhatikan adanya pelawat atau orang luar yang berurusan di pejabat pengurusan tanpa menutup aurat. Maka, ingin kami menegaskan bahawa perlunya pemeriksaan atau pemberitahuan etika pemakaian bagi setiap pelawat yang ingin berurusan di KUIM. Bukan sahaja pelawat, malah pekerja KAFE juga perlu di beri penekanan soal aurat ini.

MEMORENDUM KELIMA BELAS : Mewujudkan Medan Niaga Siswa
Untuk melahirkan mahasiswa yang berjiwa usahawan dan menyahut seruan kerajaan agar mahasiswa mencuburi bidang keusahawanan,kami ingin mencadangkan agar medan niaga di wujudkan di hadapan KAFE. Hal ini bagi mevariasikan pilihan makanan yang sedia ada. Kelab dan Persatuan mahasiswa bolehlah menjalankan perniagaan di Medan Niaga ini. Ini lebih mewujudkan suasana KUIM yang meriah dan suasana yang aktif.

MEMORENDUM KEENAM BELAS : Permintaan untuk Penambahan Bas
Untuk makluman Pihak Tuan, kami telah menerima aduan daripada mahasiswa iaitu permintaan untuk penambahan bilangan bas di Kolej Universiti Islam Melaka. Kami sedia maklum bahawa bas yang ada milik kolej hanya sebanyak 3 buah sahaja. Dan Kebanyakan Bas KUIM digunakan oleh pelajar dari Fakulti Kejururawatan. Pelajar—pelajar dari Fakulti yang lain apabila mengadakan sesuatu program yang memerlukan pengangkutan, terpaksa menyewa pengangkutan dari luar. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan siswa-siswi. Siswa-siswi berpendapat bahawa mereka juga berhak menggunakan pengangkutan KUIM kerana telah membayar wang pengangkutan sebanyak RM 100. Mohon jasa baik Tuan mempertimbangkan usul ini.

MEMORANDUM KETUJUH BELAS : Pemakaian Kad Matrik Setiap Masa di KUIM
Berkenaan dengan pemakaian kad matrik di KUIM, kami ingin mencadangkan agar siswa-siswi di wajibkan memakai kad matrik sepanjang masa apabila berada di kawasan kampus. Hal ini bagi mengelak pencerobohan orang luar ke Kolej Universiti Islam Melaka. Apa yang telah kami perhatikan, pengawal memainkan peranan yang penting untuk mengawasi tindak tanduk pelajar. Peringatan yang diberi kepada siswa-siswi tidak berterusan dan amat kurang menyebabkan siswa-siswi endah tak endah tentang hal ini. Dengan permakaian kad matrik ini juga dengan mudah pihak MPM untuk menangkap mahasiswa yang bersalah dengan merampas kad matrik seterusnya merujuk terus kepada Hal Ehwal Mahasiswa berkenaan kesalahan mahasiswa.

MEMORANDUM KELAPAN BELAS :Penambahan Taman di kawasan KUIM
Berbanding dengan IPT lain,KUIM masih kurang taman-taman bunga atau taman yang yang membolehkan para mahasiswa berjumpa ataupun bersiar-siar. Dengan adanya taman boleh mencantikan lagi landskap keindahan kolej kita. Selaras dengan slogan negeri Melaka Negeri kusayang, Bandar Melaka teknologi hijau ,Seharusnya KUIM menyahut seruan itu untuk menghijaukan lagi KUIM dengan taman-taman. Dengan wujudnya taman ,mungkin MPM boleh menganjurkan aktiviti taman angkat ataupun taman memorial.

MEMORANDUM KESEMBILAN BELAS : Memasyarakatkan Tasik KUIM
KUIM adalah IPT yang bertuah kerana mempunyai tasik buatan yang cantik dan tersegam indah di hadapan masjid Al ilmi. Tetapi sayang tasik itu hanya sekadar tontonan dan penyejuk mata sahaja tanpa ada apa-apa aktiviti disitu. Kami mencadangkan kepada KUIM agar mewujudkan sesuatu yang boleh di jadikan tasik itu di kujungi oleh mahasiswa KUIM sebagai contohnya kawasan berjogging, memancing, wujudnya meja-meja di kawasan tasik. Dengan adanya semua itu ,tasik KUIM dapat di memasyarakatkan.

MEMORANDUM KEDUA PULUH : Mewujudkan Tabung Aktiviti Mahasiswa
Semua sedia maklum dalam yuran pendaftaran pelajar sewaktu semester 1 di kehendaki membayar sebanyak RM 100.00 bagi seorang mahasiswauntuk yuran aktiviti pelajar. Andai kata kemasukan mahasiswa seramai 1000 orang maka jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 100,000.00 .tetapi menjadi keraguan kepada barisan MPM dan mahasiswa apabila duit itu bagaikan lenyap tanpa mendatangkan faedah kepada mahasiswa.terbukti apabila apa sahaja aktiviti yang di lakukan mahasiswa , mahasiswa tidak di beri dana untuk membuat program,hanya bergantung dengan dana daripada MPM,tabung kebajikan dan juga HEM. Di harapkan agar pihak KUIM dapat mewujudkan tabung aktiviti mahasiswa yang di khaskan untuk membantu program –program mahasiswa. Dengan adanya program yang mantap yang di anjurkan oleh mahasiswa secara tidak lansungnya dapat menaik nama KUIM itu sendiri.

MEMORANDUM KEDUA PULUH SATU : Memohon Bilik Gerakan Persiss
Persatuan pelajar yang baru di tubuhkan adalah persatuan siswa siswi fakulti Sastera dan Sains Sosial (PERSISS), persatuan ini masih baru dan menghadapi satu masalah iaitu berkenaan ketiadaan bilik gerakan . Buat pengetahuan pihak tuan,setiap persatuan perwakilan mahasiswa KUIM mempunyai bilik gerakan bertujuan untuk mengadakan perjumpaan,menyimpan fail dan sebagainya. Memohon pertimbangan kepada pihak tuan agar memberi satu ruang atau kelas untuk di jadikan bilik gerakan. Di Fakulti Sastera dan Sains sosial tidak mempunyai bilik kosong kerana kepadatan kelas pelajar dan bilik pensyarah. Kami mencadangkan agar dewan kiambang di fakulti ini di jadikan sebahagian bilik gerakan memandangkan ada bilik kecil dan ruang yang panjang di dewan ini. Untuk di jadikan pemisah mungkin boleh mengunakan almari ataupun simen.
MEMORANDUM KEDUA PULUH DUA : Pemasangan LCD kekal di Auditorium
Kebanyakan program yang rasmi kolej dan mahasiswa sering di adakan di Auditorium Pujangga KUIM ,tetapi malangnya terlampau banyak masalah yang berlaku di auditorium. Seperti pembesar suara dan juga ketiadaan LCD. Ia boleh mencacatkan majlis KUIM. Kami mencadangan agar memasang LCD kekal di auditorium. dengan melakukan permasangan LCD secara kekal di auditorium boleh melancarkan lagi majlis,memudahkn proses perkuliahan yang djalankan oleh pensyarah. Selain itu dengan menambah pembesar suara yang baru juga memberi kelancaran yang lebih baik kepada mutu pengunaan auditorium.

MEMORANDUM KEDUA PULUH TIGA : Masalah Pembesar Suara Di Rumsis
Untuk makluman pihak tuan, disetiap rumsis mempunyai sistem pembesar suara yang diletakkan bagi memudahkan urusan penyebaran maklumat untuk disampaikan . Malangnya terdapat pembesar suara yang rosak di beberapa buah rumsis semenjak semesta lepas lagi dan tiada sebarang pembaikpulihan dilakukan . Perkara ini menjadi sukar apabila terdapat maklumat penting yg ingin disampaikan dengan kadar segera.

MEMORANDUM KEDUA PULUH EMPAT : Mewujudkan Kursus Budi Bahasa Budaya KUIM Kepada Semua Staff KUIM
Pihak kami mendapat banyak aduan daripada para mahasiswa mengenai sikap dan cara layanan staff KUIM kepada mahasiswa yang amat teruk. Kerana ada antara staff KUIM yang memberi layanan kepada para mahasiswa dengan cara bermasam muka ,tinggi suara dan lain- lain lagi. Ini menyebabkan para mahasiswa tidak puas hati dan menjadi tidak hormat kepada para staff KUIM. Benarlah kata pepatah yang tua kita hormati yang muda di sayangi. Jika staff KUIM memberi layanan yang baik kepada para mahasiswa insyallah para mahasiswa akan hormat kepada staff KUIM. Kebiasaan terjadi kepada kerani fakulti dan pengawal. Sebagai contohnya pengawal merupakan orang yang pertama yang menyambut tetamu seharusnya memberi layanan yang baik kepada tetamu dan mahasiswa , kerana luaran akan mencermin dalaman. Pihak MPM mencadangkan agar Kursus Budi Bahasa Budaya KUIM di wujudkan kepada staff KUIM. Seperti ceramah, memakai tag budi bahasa dan mempunyai poster budi bahasa di setiap kaunter dan pondok pengawal. Dan jika di bahagian staff KUIM sudah tiada masalah ,pihak MPM akan teruskan kesinambungan kepada Mahasiswa pula.

MEMORANDUM KEDUAPULUH LIMA : Permohonan Kemudahan untuk pelajar OKU.
Sukacita di maklumkan bahawa di KUIM mempunyai pelajar kurang upaya (oku),dan sebagai MPM kami ingin menjaga kebajikan mereka kerana mereka insan yang istimewa. Kami mencadangkan agar KUIM menyediakan:
1. Memohon Laluan Khas Di Kafeteria

Laluan khas di cafeteria bagi pelajar-pelajar OKU untuk membeli makanan. Ini kerana, kesesakan di cafeteria terutamana pada waktu tengahati membuatkan para pelajar OKU sukar membeli makanan dan membuat bayaran. Diharapkan pihak pengurusan kafe dapat menyediakan laluan khas tersebut bagi para pelajar OKU.

2. Tandas OKU di fakulti dan bahagian-bahagian lain di kolej

Kemudahan tandas yang selesa dan sesuai diperlukan oleh semua pelajar terutamanya untuk pelajar-pelajar OKU. Ini dapat memudahkan mereka yang mempunyai masalah dari segi fizikal.

3. Ruang khas untuk pelajar OKU di perpustakaan

Diharapkan pihak kolej dapat menyediakan ruang khas bagi pelajar OKU di perpustakaan dengan menyediakan satu sudut khas bagi pelajar tersebut,
Ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar OKU semasa mereka berada di perpustakaan .bilangan pelajar yang ramai membuatkan para pelajar OKU sukar untuk mendapat tempat jika berada di perpustakaan,

4. Kenderaan untuk pelajar OKU semasa program rasmi yang melibatkan pelajar OKU seperti MHS dan program –program lain anjuran kolej

Di harapkan pihak kolej dapat menyediakan kenderaan untuk pelajar- pelajar OKU yang mempunyai masalah dari segi fizikal. Kesukaran untuk berjalan jauh menyebabkan mereka susah untuk melibatkan diri dalam-dalam program yang di anjurkan.

Penutup

Saya berharap agar pihak kolej dapat membuat pertimbangan berkenaan dengan memorandum yang telah saya berikan selaku YDP MPMKUIM kepada pihak tuan sebagai mewakili suara mahasiswa KUIM seramai 3109 orang. Saya berharap juga pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa akan mendapat maklum balas daripada pihak tuan dengan mengadakan perjumpaan secara rasmi antara Majlis Perwakilan Mahasiswa bersama dengan pihak Pentadbir KUIM. Dengan maklum balas yang diberikan kami akan memaklumkan pula jawapan di setiap memorandum kepada mahasiswa dalam program kami ataupun secara media cetak mahupun media elektronik.

Tujuan saya tidak lain dan tidak bukan selain untuk mewujudkan suasana harmoni dengan bersatu padu tanpa ada tidak puas hati antara mahasiswa dengan pihak Kolej. Insyallah kita mampu mewujudkan suasana yang islamik,berintigriti, kesefahaman dengan menjaga kebajika kita semua.

Semoga 25 Memorendum ini dapat mengubah segalanya daripada hitam menjadi putih,daripada keras menjadi lembut,daripada malap menjadi bersinar,daripada malas kepada rajin ,daripada negatif kepada postif.

Segala kerjasama dan keprihatinan yang di berikan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.
" Transformasi Mahasiswa Ulul Albab Beragenda ." 

Mohamad Aliff Azrai Bin Mat Zain
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Kolej Universiti Islam Melaka



No comments:

Post a Comment