Oleh: Aina A
Bersempena dengan Prosis, satu forum telah diadakan mengenai kesihatan mahasiswa di Auditorium pujangga yang bermula pada jam 8.30 malam . Forum ini melibatkan 3 orang panel iaitu Dr Homi Zarina Binti Osman merangkap Pegawai Perubatan Jabatan kesihatan Daerah Alor Gajah, Pn Mariati Binti Muslim Selaku pegawai Sains makanan di Jabatan kesihatan Daerah Alor Gajah dan En Mohd Noor yang merupakan pendaki solo negara.
Antara isu hangat yang diperkatakan di dalam forum adalah mengapakah berat badan pelajar majoritinya tidak lagi ideal pada zaman sekarang? Kesimpulan dari Ahli Panel, hal ini adalah berpunca dari sikap individu sendiri yang kurang mengambil kisah tentang kepentingan dalam menjaga kesihatan. Keadaan para pelajar zaman sekarang yang sudah berkenderaan tidak sedikit pun menyumbang kea rah pembakaran kalori atau lemak.Ini kerana tidak semestinya semua aktiviti fizikal adalah senaman. Menurut Dr Homi Zarina, senaman merupakan aktiviti fizikal yang teratur dan dilakukan secara terancang .
Antara isu yang lain ialah corak pemakanan para pelajar. Menurut panel kedua, kesederhanaan amat penting dalam menentukan corak pemakanan. Pelajar diingatkan supaya tidak makan dengan terlalu banyak atau terlalu sedikit demi menjamin tubuh badan yang ideal. En Mohd Noor selaku panel ketiga turut menyatakan harapannya agar semua mahasiswa dapat mengamalkan aktiviti sihatdengan berjalan sebanyak 10000 langkah setiap hati dan di minta mengurangkan makanan yang berlemak. Banyak Informasi yang boleh di dapati melalui Forum Prosis, setiap mahasiswa perlu ada rasa kesedaran untuk menjaga kesihatan. Ingat lah bahawasanya badan sihat otak cergas.
No comments:
Post a Comment