Oleh: Aina A
25 September 2012 - MAJLIS penutupan program “Dakwah dan Kesenian Islam” telah berlangsung pada 24 September 2012 di Auditarium Pujangga tepat pada jam 8 sehingga 11 malam. Majlis dimulakan dengan pertandingan debat peringkat akhir di antara Fakulti Inovasi dan Perakaunan dengan Fakulti Sains Sosial. Tajuk yang diperdebatkan adalah “Janji Sudah Ditepati”, dan pertandingan ini berakhir dengan kemenangan dari pihak kerajaan iaitu Fakulti Sains Sosial. Seterusnya, majlis penyampaian hadiah bersempena dengan program “Dakwah dan Kesenian Islam” yang berlangsung dari 17 hingga 23 September 2012.
Menurut salah seorang urusetia bagi program ini iaitu Muhd Nor Hafiz dari DUUS 1A, beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh mahasiswa sepanjang berlangsungnya program ini. Menurutnya juga, pada malam ini sambutan dari mahasiswa yang hadir bagi majlis penutup program ini agak memuaskan walaupun terdapat kelompongan di kerusi-kerusi penonton. Namun sambutan yang diberikan oleh sebilangan pelajar yang hadir agak memberangsangkan.
Bagi peserta yang terlibat pula iaitu Hilmi dari DUUS 1A, beliau berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana program sebegini sememangnya merupakan satu platform yang sangat baik untuk mencungkil bakat mahasiswa yang terpendam menerusi pertandingan yang dipertandingkan. Selain itu, peserta bagi pertandingan nasyid iaitu Muhd Khairuddin juga menyokong agar program ini diterusk
an kerana ia sangat bagus kerana dapat memupuk semangat Islamik dalam diri remaja khususnya. Bagi peserta yang memenangi tempat kedua bagi pertandingan nasyid pula mengatakan bahawa program ini dapat mengasah bakat remaja yang terpendam selain dapat memperluaskan lagi bakat remaja yang sedia ada. Beliau seronok menyertai program ini dan bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi.
Secara keseluruhan, program ini berjalan dengan jayanya. Namun, penekanan dari sudut sambutan perlu dipertingkatkan untuk menggalakkan lebih banyak mahasiswa yang terlibat dengan program sebegini kerana sesungguhnya program sebegini amat baik untuk menggilap bakat mahasiswa disamping dapat memupuk semangat islamik dalam diri mahasiswa.
Semoga bakat-bakat tersebut tidak terpendam saja di KUIM. Bittaufiq wannajah.
No comments:
Post a Comment