Saturday, 27 October 2012

Minggu Dakwah dan Kesenian Islam: Mahasiswa Bijak Mengasah Bakat.



Oleh: MARHAIN JOHARI

              ‘Diam-diam ubi berisi’.Itulah yang dapat diungkapkan apabila Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menganjurkan pelbagai program yang nyata memberi impak  dan kesan yang mendalam kepada para mahasiswa dan mahasiswi KUIM. Baru-baru ini,Persatuan Siswa Siswi Akademi Pengajian Islam(PERSEPSI) telah menjalankan satu program Minggu Dakwah dan Kesenian Islam (MDKI) bertempat di Auditorium Pujangga bermula dari pukul 9.00 malam dan berakhirnya pada pukul 12.00 malam.

Pengarah Program Minggu Dakwah Dan Kesenian Islam,Saudara Syarifuddin Bin Samsudin berkata, program ini bertujuan untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri setiap mahasiswa mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka.Beliau juga menyatakan bahawa bakat yang dimiliki ini perlu digilap supaya dapat ditonjolkan ke peringkat yang lebih tinggi dan mengharumkan nama Kolej Universiti Islam Melaka.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program Minggu Dakwah dan Kesenian Islam ialah pertandingan nasyid, hafazan, video islamik, berzanji, debat, pidato, bilal muda dan banyak lagi. Antara pertandingan yang mendapat sambutan hangat ialah pertandingan nasyid di mana pertandingan ini mendapat penyertaan yang paling banyak daripada mahasiswa mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka yang memberi sepenuh komitmen bagi menjayakan pertandingan ini.

Hasil tinjauan wartawan Al-Jareedah mendapati program ini merupakan program yang mampu menarik minat para mahasiswa mahasiswi KUIM untuk terlibat dalam progam islam di samping menjadi platform para peserta untuk menonjolkan bakat yang mereka miliki. Ia juga salah satu pendekatan baru yang boleh digunakan dalam menyebarkan fikrah islami dan membangunkan modal insane selaras dengan visi Kolej Universiti Islam Melaka yang ingin melahirkan graduan yang berketrampilan baik dari segi sahsiah, akademik,fizikal dan rohaniah.

No comments:

Post a Comment