Tuesday 31 July 2012

Majlis Anugerah Dekan FSSS

Berita baik buat seluruh mahasiswa/i Kolej Universiti Islam Melaka





Bakal menjengah di Kolej Universiti Islam Melaka

 Penyampaian Anugerah Dekan, Kecermelangan Akademik dan Tokoh FSSS

Bersempena:

Majlis Anugerah Dekan FSSS

Anjuran :

PERSISS 

Tarikh:

3 Ogos 2012
(8.30 pagi - 11.00 pagi)

Tempat:

Auditorium Pujangga



Ayuh! Datang beramai-ramai!

Masuk adalah PERCUMA!!!




Aktiviti Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIM bulan Ogos


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Antara aktiviti dalam kalendar Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIM bulan Ogos ini adalah :
1 OGOS - 17 Ogos : Buka Puasa Mega Di Masjid AL Ilmi
1 ogos - 17 Ogos : Tadarus AL Quran
1 Ogos - 15 Ogos _: Ceramah sebelum solat terawih oleh Pensyarah KUIM
2 Ogos : Program Iman dan Takwa ( Qiamulla Mega)
4 Ogos : Majlis Berbuka Puasa Barisan Kepimpinan Mahasiswa KUIM bersama Ketua Menteri Melaka
5 Ogos : Program Gotong Royong Mega Masjid Al Ilmi..
8 Ogos : Cermah Nuzul Al quran.
9 Ogos : Program Iman dan takwa KUIM
9 Ogos : Pertandingan Tilawah dan hafazan Mahasiswa KUIM
11- 12 Ogos : Jalinan Integriiti Ummah KUIM - UITM LENDU
18 Ogos : cuti Mid sem bermula
19 Ogos : Hari raya Aidil fitri
27 Ogos : Kuliah bermula seperti biasa,,,

semoga apa yang di rancang bermanfaat untuk semua...Insyallah..

Monday 30 July 2012

Perutusan Ramadhan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIM


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera


    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita untuk bertemu sekali lagi bulan penuh keberkatan, Bulan Ramadhan pada tahun 1430 Hijrah ini.


Ramadhan, Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. 


   Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita perlu lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan.





    Sebagai seorang Mukmin, marilah kita menghayati Ramadhan yang ianya sinonim dengan ibadah puasa. Konotasi puasa membawa maksud yang tersurat dan tersirat. Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya. 


        Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukanya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

      Dalam konteks garapan penghayatan Ramadhan sebagai warga Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM),  pelbagai kelangsungan aktiviti boleh dijadikan ibadah bermanfaat. Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan Tuhannya. Memakmurkan malam-malam sepanjang bulan Ramadhan adalah sunat dan amat dituntut oleh Islam.


      Antara ibadat-ibadat yang dituntut sepanjang Ramadhan ialah solat Tarawih, membaca Al-Quran dan memahami sekerap yang mungkin.


    Walaubagaimanapun, ianya bukanlah penghalang kepada efisien kecekapan tugas seharian di pejabat, sebaliknya mampu menjadi pemangkin sinergi kerjaya kepada mereka yang benar-benar bertaqwa. 


Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan. Malam itu lebih baik dari seribu bulan.


        Penghayatan Ramadhan juga mampu diselami dengan meneliti kembali sunnah, sirah dan sejarah Rasullullah, para Sahabat serta Tabi’in tatkala mereka masih berada di dalam bulan ini suatu masa dahulu. 


     Oleh yang demikian, hidupkanlah Ramadhan dengan penjanaan sinergi dan persekitaran yang soleh lagi kondusif. Semoga segala pekerjaan, ibadah, tekad dan usaha jitu mahasiswa KUIM ini dapat mencapai matlamat memaju dan meningkatkan martabat pengajian Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pengajian tinggi negara. 






    Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak, bulan rahmat yang penuh keberkatan.


"Transformasi Mahasiswa Ulul Albab Beragenda"





Mohamad Aliff Azrai Bin Mat Zain
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Kolej Universiti Islam Melaka





HEBAHAN: Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pengajian Tinggi 2012