Saturday 27 October 2012

PERSEDIAAN SUKAN ANTARA FAKULTI ( SAF)


Oleh: Diana Dawson

PADA 24 hingga 30 September program sukan antara fakulti akan diadakan bertempat di Stadium Kolej Universiti Islam Melaka. Program ini melibatkan semua mahasiswa dan mahasisiwi Kolej Universiti Islam Melaka dengan objektif untuk merapatkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dan mahasiswi. Program ini dianjurkan oleh Exco Belia Sukan dan Rekreasi.
Banyak pertandingan yang akan dipertandingkan antaranya ialah pertandingan bola sepak yang berlangsung pada hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.30 petang di stadium Kolej Universiti Islam Melaka. Manakala pertandingan futsal dan olahraga pula akan diadakan pada hari Jumaat pada jam 2.30 hingga 6.30 petang juga di stadium Kolej Universiti Islam Melaka.

Seterusnya, pertandingan yang melibatkan penyertaan mahasiswa lelaki dan perempuan adalah seperti ping pong, sepak takraw, bola jaring, catur, dan bola tampar. Semua pertandingan ini akan diadakan pada jam 12 tengah hari sehingga 6.30 petang.
Majlis penutup bagi program ini pula akan diadakan pada hari Ahad dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Gimik perasmian seperti persembahan dari pasukan barisan pixie juga bakal diadakan. Bapa angkat KUIM juga akan turut hadir pada hari tersebut. Selain itu terdapat juga persembahan dari pasukan pancaragam dan satu kejutan untuk semua mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka.
















YDP turut hadir memeriahkan Majlis.







Pasukan Bola sepak yang bertanding di FINAL


No comments:

Post a Comment