Saturday 27 October 2012

PERSEDIAAN PROGRAM SISWA SIHAT



Oleh: Aina Amran

PROGRAM Sihat Siswa (PROSIS) akan diadakan pada 23 September 2012 bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam bertempat di Stadium KUIM. Encik Syafiq selaku pegawai Sukan KUIM telah memberikan beberapa bahagian bagi track laluan 10 langkah bagi memastikan semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Menurut beliau, bahagian pendaftaran adalah bahagian yang paling penting bagi mengenalpasti mahasiswa yang mengambil bahagian. Kemudiaan beberapa checkpoint dan dua checkpoint yang utama bertempat di Stadium KUIM dan Fakulti Kejururawatan. Seterusnya beberapa orang telah ditugaskan untuk menjaga setiap checkpoint dan selekoh bagi melancarkan pergerakkan dan memastikan keselamatan peserta berada dalam keadaan yang terkawal.

Beliau turut berharap agar kesemua urusetia dapat memberikan kerjasama yang semaksima mungkin dalam memastikan program ini berjalan lancar seperti apa yang diharapkan. Selain itu, beliau juga berharap kesemua pelajar KUIM dapat menyertai program ini supaya dapat mengeratkan hubungan selain dapat menyihatkan tubuh badan.

Manakala, menurut salah seorang urusetia program iaitu Nor Farina binti Hamzah, beliau turut berharap agar program ini mendapat sambutan dari pihak mahasiswa kerana program ini tidak selalu diadakan.
diharapkan agar program yang bakal berlangsung ini dapat mencapai sasaran dan objektifnya dalam usaha untuk menyihatkan tubuh badan selain dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa di KUIM.



No comments:

Post a Comment