Saturday 27 October 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUTRAJAYA




OLEH : MARHAIN JOHARI

              Tanggal 25 September 2012 bersamaan hari Isnin telah diadakan lawatan ke Putrajaya yang telah disertai oleh ahli-ahli Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial (PERSIS) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (MPMKUIM) serta diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Ustaz Fahami Syukri b. Dzulkarnain dan Cik Farah Wahida bte Mustaffar.

Di sana kami telah berkunjung ke Muzium Kesenian Islam Malaysia ( Islamic Arts Museum Malaysia) berhampiran Masjid Negara,Kuala Lumpur. Terdapat banyak artifak-artifak Islamik yang telah dipamerkan. Selain itu, terdapat juga sejarah-sejarah kemerdekaan dan sejarah-sejarah kemasyarakatan yang wujud di Tanah Melayu.

 Seterusnya, kami telah melawat ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Bahagian Halal Hab (JAKIM). Kedatangan kami telah disambut oleh pegawai-pegawai JAKIM iaitu Ustazah Norafizah, Ustaz Najimuddin dan Ustaz Rizal. Di sana,terdapat pelbagai ilmu yang kami pelajari tentang perkara-perkara halal. Contohnya, cara mengetahui logo-logo halal yang tulen, informasi ramuan dalam makanan, informasi berkaitan dengan khinzir (babi) dan lain-lain lagi. Selain  itu, banyak soal jawab yang telah dikemukakan daripada mahasiswa dan mahasiswi kepada pegawai-pegawai Halal Hab. Pihak JAKIM juga menyiarkan satu video Koprat Jakim untuk tontonan kami semua.

No comments:

Post a Comment