Saturday 27 October 2012

Oh Masak-masak!




26 september 2012-  Sepanjang   25 hingga 27 september telah diadakan carnival keusahawanan anjuran Fakulti Inovasi dan Perniagaan Pelbagai aktiviti telah di jalankan dan diantaranya adalah pertandingan memasak yang turut dianjurkan PERSPEP.
Wakil HOMSSA iaitu Mustaqim bin Abu Bakar dan Hakim berpuas hati dengan pertandingan memasak tersebut dan mengatakan bahawa program ini amat bagus untuk mengcungkil bakat terpendam dalam memasak. Mereka yang turut bertanding memasak menu utama terdiri daripada ayam mengatakan persembahan masakan mereka perlu lebih matang dan banyak yang dipelajari dari aktiviti yang diadakan tersebut.


Juri jemputan, Mohd Habiel Bin Ahmad selaku exco ekonomi MPM, mengatakan terdapat segelintir pelajar KUIM mampu menonjolkan bakat walaupun sesetengah peeserta tidak mempunyai asas pelajaran kulinari atau  memasak di fakulti hospitaliti dan pelajar fakulti lain juga mempunyai kreativiti. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk  melihat bakat -bakat pelajar dalam penyampaian makanan. YDP HOMSSA  Muhd Haziq bin Hishamuddin, selalunya program yang di anjurkan HOMSSA ialah memasak, tetapi nampaknya pembaharuan bagi PERSPEP kerana menganjurkan aktiviti memasak.Beliau dalam kenyataannya memuji kehebatan PERSPEP kerana membuat aktiviti yang berada di luar bidang dan dapat mencungkil bakat pelajar.
Keseluruhan karnival keusahawanan begitu memberansangkan dan ini kali ketiga di adakan dan dengan sokongan semua program seperti ini dapat di adakan pada  setiap semester.

No comments:

Post a Comment