Saturday 27 October 2012

~WARTA SUKAN~


Gimik SAF mengejutkan!



Antara gimik perasmian Sukan Antara Fakulti adalah persembahan pasukan anngota Polis Kuala Sungai Baru yang diketuai oleh En Ibrahim, beliau mengatakan persembahan ini khusus untuk mendedahkan kepada para pelajar serba sedikit tentang cara- cara menyerang tanpa senjata api dan cara mempertahan diri apabila di serang oleh penjenayah yang tidak menggunakan senjata berat dan tidam membahayakan.

Gimik yang kedua pula ialah perarakan masuk Basikal Pixy bersama-sama tetamu VIP yang turut mengayuh. Kata En Abu Bakar dari Kuala Sungai Baru, Kelab Sukarela yang dinaungi Oleh Bapa Angkat KUIM, YB IR, Ismail menggalakkan pelajar sekolah menjalankan aktiviti dalam Kelab berbasikal sebegini kerana ianya amat bagus. Pelajar dapat bercampur dengan mahasiswa KUIM  untuk mendapat serba sedikit maklumat dan dapat belajar bersama-sama mereka.

Persembahan dan gimik yang di adakan sangat-sangat menarik dan telah berjaya memikat hati peserta dan tetamu yang hadir.






No comments:

Post a Comment