Saturday 27 October 2012

JALINAN UKHWAH KUIM –UNISZA




            
Oleh : Bintu Eusof

Seramai 22 Orang  barisan majlis perwakilan mahasiswa dan pegawai Hal Ehwal Mahasiswa dan alumni Kolej universiti Islam Melaka (KUIM)  telah pergi ke Terengganu Darul Iman untuk melawat ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) ataupun dulunya di kenali sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Pada tahun 2009, UNISZA telah encapat taraf universiti penuh dan kini telah menempatkan pelajar seramai lebih 6000 pelajar.

Sebanyak lebih dari 20 buah Fakulti yang wujud di UNISZA. Kemudahan-kemudahan yang di sediakan juga lengkap dan canggih. Kesemua yang hadir pada hari tersebut telah melawat ke Jabatan Kaunseling, di mana mereka mengatakan hampir 90% pelajar berjaya mengatasi masalah mereka di bantu oleh pakar kaunseling di sana.  Kemudian, peserta telah melawat perpustakaan mereka yang di buka selama 24 jam dan mempunyai sistem pencarian buku yang canggih iaitu OPEX. OPEX adalah sebuah mesin komputer yang boleh membantu pencarian buku di jalankan. Pelajar juga boleh meminjam 7 buah buku  selama 2 minggu secara automatik  menggunakan kad matrik dan mesin pinjaman. 

 En baharom dalam kenyataannya mengucapkan syukur kerana rombongan sampai dengan selamat  dan dapat meninjau keadaan di Unisza serta dapat melihat lawatan ke sana sebagai penambah baikan dan melihat pelbagai benda yang perlu diwujudkan setelah menjadi university dan dapat mengusulkan kepada pihak atasan. Dan berharap bahawa perjumpaan antara Majlis perwakilan pelajar untuk bergerak satu langkah lagi ke hadapan untuk mencapai taraf university penuh.

Setelah hadir ke Unisza, HEM juga merancang akan turut mewujudkan Jabatan kaunseling apabila ratio pelajar meningkat setelah mencapai taraf university dan dataran perbincangan. Kesemuanya sama Cuma skop mereka adalah lebih besar dan berusaha membesarkan lagi skop di masa hadapan.



No comments:

Post a Comment