Saturday 27 October 2012

SAF MELABUHKAN TIRAINYA



Oleh: Bintu Eusof
30 September- Sukan antara Fakulti(SAF) hari ini telah melabuhkan tirai penutup setelah seminggu  pelbagai aktiviti seperti pentaque, sepak takraw dan bola tampar di jalankan.
Em Baharom Bin Said selaku Pengarah Hal Ehwal Mahasiswa mengatakan SAF adalah satu input yang sangat baik dan mengatakan bahawa setelah SAF kita akan terus menumpukan perhatian kepada sukan antara IPT demi memajukan sukan untuk negara.
Pengarah Program iaitu Meor Azizi Bin Zulkifli mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa mahasiswi yang telah hadir dan ribuan terima kasih kepada pihak Hal ehwal Mahasiswa (HEM)     kerana telah meluluskan SAF seterusnya kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa kerana telah sama-sama membantu untuk menjayakan SAF.
Majlis Penutup di rasmikan oleh Encik Shahfi Amirul dengan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana SAF mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan melihat ajk program mempunyai komitmen yang sangat besar dan berharap SAF menjadi platform KUIM untuk membina atlet harapan negara.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Corat Coret SAF



 Pasukan Polis membuka majlis dengan persembahan demonstrasi.


Bunga API (AKADEMIK PENGAJIAN ISLAM)




Pasukan Bola Sepak dalam FINAL




Bincang En Baharom dan En Hadi





 Inilah Pasukan perarakan yang telah menang.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



API KIAN MEMBARA
  


30 September-  Fakulti Pengajian Islam (API)  muncul sebagai juara kesuluruhan dengan merangkul 17 pingat dalam sukan antara Fakulti(SAF) sekaligus merupakan pasukan perarakan terbaik dengan jumlah yang ramai berbanding fakulti lain. Yang Di Pertua API memanjatkan kesyukuran terhadap kemenangan API dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang lainnya dan berharap program SAF dapat di meriahkan lagi dengan kedatangan ramai pelajar pada semester depan.






No comments:

Post a Comment