Saturday 27 October 2012

SUKAN SAF : SAMBUTAN MAHASISWA LUAR BIASA UNTUK SAF 2012



OLEH : MARHAIN JOHARI

              Baru-baru ini di Kolej Universiti Islam Melaka telah dianjurkan program Sukan Antara Fakulti (SAF) dimana  acara-acara sukan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi KUIM. Antara aktiviti sukan yang mendapat sambutan ramai ialah bola sepak. Acara ini telah berlangsung pada hari Isnin bertempat di Stadium KUIM. Ramai mahasiswa dari setiap fakulti mengambil bahagian dalam acara ini. Bahkan juga staf-staf KUIM turut melibatkan diri dalam acara tersebut.

 Mengikut dari hasil temu ramah yang telah dibuat pada seorang pelajar fakulti FSSS iaitu Shahnoor Ridzwan b. Shaari dari kos sarjana muda Psikologi , sukan SAF ini berlangsung selama seminggu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain itu, beliau juga mengatakan sukan saf ini adalah satu aktiviti sukan dwitahunan yang dianjurkan untuk mahasiswa dan mahasiswi KUIM. Beliau juga turut melibatkan diri dalam acara sukan ini dengan mewakili fakulti Sastera dan Sains Sosial dalam acara bola sepak. Selain itu, beliau merupakan setiausaha projek karnival sukan antara fakulti dan beliau juga mengatakan pada acara penutupan akan diadakan perhimpunan gelombang mahasiswa.

Dalam acara sukan SAF ini, staf-staf KUIM juga turut melibatkan diri dalam acara sukan SAF ini. Antara staf-staf yang sempat kami temuramah ialah Ustaz Adam Norisham daripada Fakulti Akademik Pengajian Islam. Beliau bermain dalam team staf KUIM dan mengambil posisi pertahanan kiri. Beliau mengatakan permainan sukan ini sangat baik disamping kita dapat beriadah mengeluarkan peluh, kita juga dapat menghubungkan hubungan antara pelajar-pelajar dengan staf-staf KUIM. Beliau juga berpendapat acara berlangsung dengan lancar dan sistematik serta pengurusan yang tepat dan bersesuaian yang telah di aturkan oleh saudara Meor Azizi bin Zolkfle. Beliau juga mengatakan sukan seperti ini perlu diadakan lebih kerap untuk membangkitkan semangat sukan pada mahasiswa di KUIM.

Seterusnya, kami juga sempat menemuramah En. Shahfi (Pegawai Sukan KUIM) yang juga turut mengambil bahagian dalam acara bola sepak ini. Beliau mengatakan program sukan ini sangat memberangsangkan dan sukan ini mampu melahirkan atlet-atlet KUIM untuk diketengahkan dengan lebih jauh. Selain itu, beliau berharap sukan SAF kali ini dapat mencapai objektif yang telah disasarkan iaitu dapat melahirkan atlet SAF ke peringkat yang lebih tinggi di samping dapat memupuk silaturahim antara staf dan pelajar-pelajar di KUIM.

No comments:

Post a Comment