Saturday 27 October 2012

Adab Menuntut Ilmu




· Jauhi sifat hati yang tidak baik
    
       - Sifat dengki, hasad, cemburu, bermegah-megah, suka memandang rendah terhadap keupayaan orang lain adalah antara sifat-sifat hati yang sepatutnya dijauhi.

· Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat gurunya

        - Hormatilah guru anda. Gurulah yang menyalurkan ilmu kepada pelajar yang akhirnya membantu pelajar semakin cerdik dan bertambah matang. Jangan sesekali melupakan jasa dan pengorbanan guru.

· Wujudkan kesungguhan dalam diri untuk mencapai kecemerlangan

       - Dengan sifat kesungguhan yang jitu, pelajar akan melihat sesuatu masalah yang  besar sebagai masalah kecil yang mampu di tangani dengan mudah. Kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan apabila melakukan sesuatu perkara dengan cara terbaik merupakan tuntutan dalam agama. 

· Niat beribadat semata-mata kerana Allah Swt

      -Pelajar perlu menuntut ilmu dengan niat kerana Allah. Serta menyedari iamya suatu tuntutan dalam agama, ingin beribadat kepada Allah dengan lebih dekat melalui ilmu.

· Beradab sopan dengan guru

        - Bila bertemu guru, pelajar hendaklah bersopan terhadap guru dengan mengucapkan salam serta bercakap secara lemah lembut dengan menggunakan nada yang rendah.



No comments:

Post a Comment