Saturday 27 October 2012

~WARTA SUKAN~


FSSS tumbang di Final



KUIM 30 September 2012-  Stadium KUIM telah di gegarkan  semasa perlawanan bola sepak antara Fakulti Hospitaliti(FPH)  dan Fakulti Sastera dan sains Sosial  (FSSS) pada pagi ahad. Pertarungan sengit  antara kedua dua buah fakulti terlihat sangat hebat apabila FSSS yang di jangkakan akan menang  akhirnya tersungkur  di tangan FPH dengan gol 2-1.

Pertandingan tersebut di adili oleh Encik Hadi selaku wakil Hal ehwal mahasiswa dan Alumni KUIM.  Pengarah SAF iaitu Meor Azizi selaku Exco Sukan  MPM mengatakan pihaknya sangat berbangga di atas berjalannya perlawanan bola sepak tersebut walaupun fakultinya telah kalah dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan bola sepak persahabatan ini walau bagaimanapun mencetuskan inspirasi buat pelajar KUIM untuk terus aktif dan giat menjalankan aktiviti seperti ini  untuk menaikkan nama KUIM di persada  negara. Diharapkan perlawanan bola sepak ini dapat menapis bakat-bakat baru pelajar dan membangkitkan semangan sukan dalam kalangan pelajar.




No comments:

Post a Comment