Thursday 10 May 2012

Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIM



Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka atau ringkasannya MPM KUIM merupakan badan perwakilan pelajar yang utama di Kolej Universiti Islam Melaka yang diwujudkan atas suara pelajar melalui pilihanraya kampus yang diadakan sekali dalam setahun. Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka Sesi 2012/13 terdiri daripada 27 orang orang ahli jawatankuasa dan turut disertai oleh 5 fakulti yang terdapat di Kolej Universiti Islam Melaka,

Kesemua ahli merupakan pelajar-pelajar yang telah diberi kepercayaan untuk mewakili pelajar bagi fakulti masing-masing serta membawa nama Kolej Universiti Islam Melaka ke peringkat lebih tinggi. Jawatankuasa MPM KUIM ini diketuai oleh Yang Di-Pertua MPM KUIM Mohamad Aliff Azrai Bin Mat Zain yang turut dibantu oleh Timbalan Yang Di-Pertua Nur Hidayu Binti Mohd Kamil dan juga oleh exco-exco MPM KUIM yang lain seramai 27 orang.

Di samping menjadi wakil pelajar, MPM KUIM juga turut dipertanggungjawabkan sebagai wakil KUIM ke peringkat antarabangsa sebagai duta KUIM. Pelbagai aktiviti dan program sama ada persendirian atau kerjasama penganjur telah dilakukan antaranya adalah seperti aktiviti khidmat masyarakat, sukan, akademik malah turut juga melibatkan badan-badan kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan secara langsung atau tidak langsung termasuklah badan-badan separa kerajaan dan bukan kerajaan. 

No comments:

Post a Comment