Saturday 27 October 2012

Kahwin Muda Vs Belajar



Oleh: Bintu eusof

“Sesiapa yang bernikah, maka ia telah melengkapkan separuh daripada agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi” [HR at-Thabrani dan Hakim]

Kahwin muda, ramai yang suka mendengarnya namun tidak mampu untuk melaksanakannya. Ramai juga yang jatuh cinta pada usia muda. Ini normal kerana cinta itu merupakan fitrah. Kita perlu ingat bahawasanya cinta itu datang daripada Allah, berasal daripada Allah dan menjadi suatu nikmat daripada Allah. Bagaimana seorang remaja boleh cinta pada makhluk yang di cipta tanpa mengenal Sang Khalik, penciptanya.


Adapun hukum cinta itu sendiri berbalik kepada harus kerana setiap orang itu mempunyai hati dan perasaan. Seiring keharusan cinta itu sendiri tidak akan menjadi selamanya harus kerana asalnya harus akan berubah mengikut keadaan semasa. Hukumnya boleh bertukar menjadi wajib, haram, makruh serta sunnah.Melalui beberapa bahagian hukum ini lah jika ada sudah kemampuan untuk berkahwin maka ia menjadi sunnah.

Jangan menzalimi diri sendiri dengan cinta jika tidak bersedia apabila mengajak orang yang dicintai itu kea rah benda-benda yang mampu menjadikan dirinya turut zalim dengan melanggar semua hukum Allah swt. Seiring keadaan kita melihat bahawa ramai pelajar di Ipt menjadikan Islam sebagai topeng kemungkaran yang dilakukan. Contohnya memberi surat kepada orang yang dicintainya ataupun disaat mengajak kekasih hatinya untuk berdating dan mengakhirinya dengan ukhwah fillah Abadan abada. Jangan sesekali terjerat, takut-takut ianya adalah tipu daya Syaitan semata-mata untuk merosakkan anak adam.

 (Antara belajar atau nikah, bergantung kepada individu, tepuk dada Tanya iman)



Antara belajar atau perkahwinan, mengikut kata  Abuya Ustaz zulkifli bin Ismail, pengasas dan mudir pondok Baitul Qurro’ belajar menjadi satu keadaan yang lebih utama sebagai perkara Fardhu Ain seperti tauhid, fiqih dan tasawwuf. Adapun rasa keinginan untuk berkahwin itu adalah sesuatu yang mendatang. Ianya bergantung kepada Individu tersebut adakah ia menguasai ilmu kerana ilmu adalah asas kebahagiaan. Individu perlu bertanya kepada diri sendiri, sekiranya cinta kepada ilmu mengatasi cinta kepada insani maka eloklah sekiranya meneruskan pengajian dan menjaga batas-batas pergaulan.

Apabila di ajukan pertanyaan kepada ahli panel mengenai nikah khitbah, dijawab oleh Al fadhil Ustaz Suhaimi Bin Abu Hassan, tenaga pengajar Kolej Universiti Islam Melaka mengatakan bahawa Nikah Khitbah adalah istilah arab dan dalam bahasa Melayunya di sebut dengan Nikah gantung adalah satu pernikahan yang sering di amalkan oleh pelajar-pelajar zaman sekarang yang ingin menjaga kehormatan agama dan dirinya dan nikah gantung ini adalah nikah yang bersyarat, iaitu satu syaratnya adalah tidak boleh bersama sehinggalah si lelaki sudah bersedia untuk menanggung segala nafkah isterinya. Sebelum bersedia, isteri masih di bawah tanggungan ibu dan ayah. 

 "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum 21)

Jika merasakan ibu bapa menjadi halangan  maka Wakil pelajar, Muhammad Izzuddin Bin Dusis menasihatkan supaya individu tersebut melakukan solat hajat dan berdoa. Jangan sampai menyakiti hati ibu atau ayah, kerana ada hikmah di sebaliknya. Persepsi Masyarakat sepatutnya di perbetulkan. Memandang kepada mereka yang bernikah awal , patutlah kita menyokong dan mendoakan kebahagiaan mereka.kita sepatutnya lebih memberikan mereka semangat sebagai motivasi.

Ustaz Suhaimi menasihati pelajar lelaki yang ingin berkahwin untuk bermuhasabah diri mereka dan bertanya bagaimana persediaan tanggungjawab mereka kepada agama dan ilmu. Jangan sampai terabai pelajaran. Lihatlah kemampuan diri sendiri, dan sekiranya diri sudah selesai, yakinlah pada Allah swt yang akan memberikan pertolongan. Allah swt akan menyampaikan rezeki melalui perkahwinan . Sebelum mengikat diri dengan manusia. Ikatlah hati dengan Allah swt kerana Allah swt yang lebih mengetahui tentang keadaan kamu sekalian.

No comments:

Post a Comment