Tuesday 22 May 2012

Bakal Mahasiswa KUIM ....4 JUN 2012.. MHS SESI 1 2012/2013

Assalamualaikum W.B.R dan Salam Sejahtera

Sejak akhir - akhir ini, begitu ramai bakal - bakal mahasiswa semester 1 yang bertanya pendapat mengenai KUIM di PM saya.

Pelbagai jenis soalan yang di lemparkan seperti yuran pendaftaran,peraturan KUIM, cara nak dapat anugerah dekan, mahal ke makanan di sini, pensyarah ok x?Mahasiswa kat sini kena wajib pakai tudung labuh ke? Lelaki tak boleh merokok ke dalam kawasan kuim dan sebagainya.




Jawapan saya kepada mereka adalah supaya mereka berfikir sebaik-baiknya sebelum buat keputusan.

Jika sudah buat keputusan dan bersedia menyambung pelajaran di sini pastikan anda boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dan cara KUIM yang berbeza dengan tempat lain.

Mana2 tempat di dunia ini semua ada peraturan dan peraturan itu di cipta oleh manusia kepada manusia yang bertujuan untuk mendisiplinkan manusia. Sesuai jugalah nama kolej kita yang memegang title ISLAM.

Peraturannya juga mesti lebih islamik.Kalau nak berdating 24 jam, berjalan berkepit,pakai pakaian tak tutup aurat, nak yuran percuma,nak keluar ikut suka hati,nampaknya bukanlah KUIM tempatnya.

Pilihlah IPTA DAN IPTS yang lain dirasakan sesuai tetapi jika anda memilih untuk belajar di KUIM, kita haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan.



Saya ingin mengajak anda semua.


Sayangi KUIM, bagi sokongan pada Aktiviti MPM KUIN, hormati pensyarah, pakai pakaian tutup aurat, salurkan suara anda kepada tempat yang betul, jaga adab pergaulan dan yang paling penting jadi pelajar yang namanya ISLAM (Bg muslim) dengan bersikap seperti seorang Muslim .

Apapun saya ucapkan tahniah dan syabas di atas kerelaan hati bakal pelajar semester 1 yang di anggarkan 1200 orang yang akan menyambung belajar di KUIM bulan Jun nanti.

Pada hemah saya, kita patut bersyukur belajar di KUIM ataupun di mana - mana IPTA/S

Mengapa saya pilih KUIM adalah kerana saya tahu KUIM boleh memberi peluang kepada mahasiswa untuk melakukan satu perubahan dalam hidup ke arah yang lebih positif tetapi segalanya bergantung pada individu itu sendiri.

Alhamdulillah saya sudah buktikan saya mampu buat perubahan pada diri setakat ini.

Insya Allah betulkan niat dan cintailah tempat anda belajar dan Insya Allah anda kan rasa satu kenikmatan berada di sini.

Alhamdulillah takdir ALLAH meletakkan saya di bumi Melaka ini di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA ini

Rupanya ada terlalu banyak hikmah yang ALLAH ingin berikan kepda diri ini






  KUIM KERANA ALLAH

Sekian terima kasih..
" Transformasi Mahasiswa Ulul Albab Beragenda ." 

Mohamad Aliff Azrai Bin Mat Zain
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Kolej Universiti Islam Melaka



AKTIVITI MPM APRIL DAN MEI


1. 29 MAC - Keputusan Pilihanraya KUIM

2. 1 APRIL - Mesyuarat MPM KE-1 
                     - Pembentukan Organisasi MPM KUIM

3. 3 APRIL - Program Himpunan Mahasiswa di UTEM

4. 4 APRIL - Mesyuarat MPM KE-2,
                   - Karnival Halal FPH SEM 6 
                   - Si Tanggang Moden anjuran PERHABS

5. 5 APRIL - Program Cabaran Karier Dunia Perkerjaan

6. 9 APRIL - Pemilihan Baju Batik MPM dan Fakulti,
                   - Perjumpaan Exco Dakwah bersama En Iqbal.
                   - Perjumpaan YDP MPM bersama PERSEPSI

7. 10 APRIL - Lawatan Pelajar daripada Medan ,Indonesia.

8. 12 APRIL - Solat Hajat dan Bacaan Yasin 
                      - Majlis Meraikan Mahasiswa Kokurikulum

9. 13 APRIL - Pertemuan YDP MPMKUIM bersama YDP IPT
                        Negeri Melaka di MMU
                      - Majlis Penghargaan Mantan MPM dan Perlantikan 
                        MPM baru di Hang Tuah Heritage Hotel

10. 15 APRIL - Mesyuarat MPM KE 3

11. 16 APRIL - Promosi Balik Kampung

12. 18 APRIL - Program Bersama Habib Umar Ben Hafidz di
                          Masjid Al Azim Melaka

13. 19 APRIL - Solat Hajat dan Bacaan Yasin anjuran Rumsis 
                          Usman dan Umar. 
                        - Perjumpaan Bersama TNC Wakil Ke Indonesia

14. 20 APRIL - Perjumpaan Bersama Bendahari MPM dan Fakulti, 
                       - Kunjungan daripada Pelajar ALAM ke Masjid KUIM

15. 21 APRIL -Sesi Pergambaran Kepimpinan Mahasiswa KUIM
                        - Mesyuarat Majlis Tertinggi MPM

16. 22 APRIL  - Perjumpaan YDP MPM bersama PERSPEP.
                         - Perjumpaan Semua Setiausaha Fakulti. 
                         - Kursus IT Di Pejabat ISMA MELAKA

17. 23 APRIL - Malam Gala Persona anjuran Kelab Kaunseling.

18. 24 APRIL - Perjumpaan YDP MPM ,Bendahari MPM bersama 
                       Dekan FPH

19.  26 APRIL - Perjumpaan semua barisan urusetia MHS Sesi 1 12/13

20. 27 APRIL - YDP MPMMKUIM menerima Perlantikan Majlis 
                       Belia Melaka bersama dengan Menteri Besar Melaka 
                       di Mahkota Prade Hotel.

21. 28 APRIL - Program Induksi Barisan MPM KUIM bersama HEM 
                    - Mesyuarat ke 4 MPM

22. 29 APRIL - Sukan Zon Selatan di UTEM. Gerai jualan MPM KUIM.

23. 30 APRIL - Memohon Kelulusan Ibubapa Masuk Ke kawasan 
                         Rumsis oleh HEM.

24. 1 MEI -  Perjumpaan YDP MPM KUIM bersama PSSK KUIM

25.  3 MEI - Perjumpaan Bersama Pelajar Antarabangsa KUIM 
                  - Pertukaran Akaun MPM.

26. 5 MEI - Program Universitas Syarif Kasim , Ke Riau Indonesia

27. 14 MEI - Mesyuarat MHS bersama Pentadbir
                   - Perjumpaan YDP MPM KUIM bersama Dekan 
                      Fakulti Kejururawatan.

28. 15 MEI - Penyerahan Memorendum Kebajikan Mahasiswa dan 
                     Cadangan MPM KUIM kepada Datuk NC dan Datuk TNC.

Sekian terima kasih..
" Transformasi Mahasiswa Ulul Albab Beragenda ." 

Mohamad Aliff Azrai Bin Mat Zain
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Kolej Universiti Islam Melaka






Jadual Muet Untuk Mahasiswa Nak ambik muet sem depan....


Monday 21 May 2012

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA SESI 2012/2013


Ahli Majlis Tertinggi


Mohamad Aliff Azrai bin Mat Zain
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA


Nur Hidayu bt. Mohd Kamil
TIMBALAN YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA






Yang Di Pertua Fakulti



        Mohamed Haziq b. Hishamuddin
YANG DI PERTUA
 HOMSSA



Abdul Muiz b. Abd Razak
YANG DIPERTUA 
PERSISS

      



Mohd Azhari b. Mohd Shariff
YANG DIPERTUA
PERSPEP


Hirapalle@ Saleh b. Mohd
 Yang Di-Pertua PERSEPSI
     


  Siti Nor Natasha bt Mohd Untong
YANG DIPERTUA 
PSKKUIM               



Syaidatul Nurul Asmar bt Jafri
SETIAUSAHA AGUNG 
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA



Liyana Raihana bt Aliahmad
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA




Aminatus Zudiyah bt. Amin
BENDAHARI KEHORMAT 
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA



Muhamad Izzuddin b. Dusis
TIMBALAN  BENDAHARI KEHORMAT
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA

Barisan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa

 Muhamad Jamrimasuddin  Masuri
EXCO DAKWAH TARBIAH & KEPIMPINAN

Nur Syuhaidah bt Abdul Razak
TIMBALAN EXCO  DAKWAH TARBIAH & KEPIMPINAN


Hassriq Hafize b Abdul Halim Hafiz
EXCO PEMBANGUNAN INSANIAH & PERPADUAN



Nor Siti Marshitah bt Zobri
TIMBALAN EXCO  PEMBANGUNAN INSANIAH & PERPADUAN


Mohamad Habiel b. Ahmad
EXCO EKONOMI & KEUSAHAWANAN



Aqilah Zaffan bt Abu Bakar
TIMBALAN EXCO EKONOMI & KEUSAHAWANAN

Meor Azizi B Zolkfle
EXCO  BELIA, SUKAN & REKREASI


Abdul Rasyid b. Mohamad
TIMBALAN EXCO  BELIA SUKAN & REKREASI


Mohamad Nizam b. Ismail
EXCO AKADEMIK & PRESTASI
         


Nur Hasyimah bt Che Arifin
TIMBALAN EXCO  AKADEMIK & PRESTASI


 Muhammad Nurhafiz Bin Mohd Noor
EXCO MEDIA, PENERANGAN & KOMUNIKASI



Faza Astria bt. Mohamad
TIMBALAN EXCO  MEDIA PENERANGAN & KOMUNIKASI


Ummi Syazrina bt Munshi Abdullah
EXCO  ADUAN, KEBAJIKAN & PENEMPATAN



Muhd Fadhil Fadhullah Bin Ismail
TIMBALAN EXCO  ADUAN KEBAJIKAN & PENEMPATAN

Muhammad Mahathir b. Younan
EXCO ANTARABANGSA,KEBUDAYAAN & KORPORAT



Ya Rina
TIMBALAN EXCO ANTARABANGSA, KEBUDAYAAN & KORPORAT


Barisan Urusetia MHS Sesi 1 2012/2013

SALAM ALAIK..PERHATIAN KEPADA BARISAN URUSETIA SEMPERNA MINGGU HALUAN SISWA SESI 1 2012/2013...ANDA DIKEHENDAKI MENGDAFTARKAN DIRI KE KOLEJ PADA 1 JUN 2012(JUMAAT).... SILA LAPORKAN DIRI DI PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA (HEM) BERMULA JAM 9 HINGGA JAM 5 PETANG.....SEKIRANYA ADA KELEWATAN SILA HUBUNGI NOM TEL SAYA TUJUAN PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN RUMSIS.... ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BAJU BATIK DAN PAKAIAN FORMAL... KERJASAMA ANDA AMATLAH DI HARGAI BAGI MENJAYAKAN MINGGU HALAUAN SISWA INI..... SYUKRAN... 







Tarikh penting sesi 1 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam 1 KUIM.

Makluman awal kepada semua warga Kolej Universiti Islam Melaka bagi semester hadapan  sesi 1 2012/2013.

Tarikh-tarikh penting untuk semua fakulti kecuali fakulti kejururawatan adalah seperti berikut:

Kemasukan pelajar baru semester 1 : 4 Jun 2012
Kemasukan pelajar lama ke Rumsis : 10 Jun 2012
Keputusan Peperiksaan : 11 Jun 2012
Kuliah bermula : 11 Jun 2012
Konvokesyen :12 Julai 2012
1 Ramadhan : 21 Julai 2012
Cuti Pertengahan Semester : 18 Ogos 2012
Hari Raya Aidil fitri :19 Ogos 2012
Kuliah bermula : 27 Ogos 2012
Cuti Study Week : 1 Oktober 2012
Peperiksaan Akhir Bermula : 8 Oktober 2012
Cuti Akhir Semester bermula : 29 Oktober 2012

Sebarang perubahan akan diberitahu semasa ke semasa.
SUMBER : HAL EHWAL AKADEMIK KUIM

Sekian terima kasih..
" Transformasi Mahasiswa Ulul Albab Beragenda ." 


Mohamad Aliff Azrai Bin Mat Zain
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Kolej Universiti Islam Melaka


Motto MPM dan Agenda MPM 2012/2013

MOTTO MPM KUIM
“Transformasi Mahasiswa Ulul Albab Beragenda “

10 AGENDA SEBAGAI GARIS PANDUAN KEPIMPINAN  MPMKUIM

1. Suasana Islamik Mahasiswa Diredhai.
2. MPM bermasyarakat ,MPM Berketerampilan
3. Kebajikan Mahasiswa diutamakan,keselamatan Mahasiswa terpelihara, Aset KUIM dimantapkan
4. Mewujudkan Aktiviti Mahasiswa Mantap dan Berilmiah
5. Imej Mahasiswa Islamik ,kehendak imej Mahasiswa di disuarakan.
6. Pelajar berilmu,bakat di ketengahkan
7. Lantang bersuara,Hak Mahasiswa di suarakan
8. Kolaborasi Kepimpinan Mahasiswa ,Ikatan Mahasiswa Melaka dan Malaysia terjalin
9. Mahasiswa Aktif ,Pencapaian Akademik dan Kokurikulum Cemerlang.
10.Gabungan Mahasiswa ,Ukhwah fillah terjalin

Sekian terima kasih..
" Transformasi Mahasiswa Ulul Albab Beragenda ." 

Mohamad Aliff Azrai Bin Mat Zain
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Kolej Universiti Islam Melaka


Memorendum kepada Datuk NC dan Datuk TNC oleh YDP MPMKUIM

Pengenalan
Menyelusuri sebahagian perjalanan hidup ketika ini bergelar Yang DI-Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pastinya seribu satu likuan dan ranjau yang perlu ditempuh. Lebih-lebih lagi saya yang memikul amanah daripada Allah hasil kepercayaan dan pemberian mandat oleh warga Kolej Universiti Islam Melaka sekalian. Sesungguhnya amanah yang saya pikul bukanlah suatu kebanggaan tetapi merupakan satu amanah berbentuk tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Justeru, ke arah mendepani isu-isu kebajikan mahasiswa, MPMKUIM terus mengorak langkah memperjuangkan kebajikan khas untuk warga KUIM. Oleh itu, saya mewakili MPMKUIM mengadakan Memorandum untuk diserahkan kepada pihak pentadbir sebagai mewakili suara mahasiswa KUIM berkaitan masalah mereka dan cadangan kepada pihak pentadbir agar KUIM lebih menjadi yang terbaik di masa akan datang.
Berikut adalah sebanyak 25 Momerandum Kebajikan Mahasiswa dan beberapa cadangan Kepada Pihak Pentadbir agar dapat dilaksanakan di KUIM ini.

MEMORANDUM PERTAMA : Mengurangkan Denda Kad Perpustakaan Yang Terlalu Mahal.
Setelah mendengar masalah masalah daripada pelajar yang telah tamat belajar di KUIM ini.,rata-rata daripada mereka menyuarakan ketidakpuas hatian mereka terhadap denda yang terlampau mahal di atas kehilangan Kad Perpustakaan. Satu kad yang hilang di kenakan denda RM 50.00 .dan Kad Perpustakaan di beri adalah 2 keping. Jika kedua-duanya hilang mahasiswa di kehendaki membayar denda sebanyak RM 100.00. Ia tersangat tidak relevan kerana terlampau mahal. Tambahan lagi,kad perpustakaan masih mengunakan cara lama iatu mengunakan manila kad sebagai kad perpustakaan ia menyamai seperti perpustakaan sekolah rendah. Sekiranya Kolej ingin di naikan taraf university haruslah menjaga standard perpustakaan agar menjadi contoh kepada IPT yang lain. Sebagai cadangan ,mohon agar di mansuhkan denda RM50 ataupun kurangkan kepada RM 5.00 sahaja. Dan membuat perubahan terhadap mutu kad perpustakaan.

MEMORANDUM KEDUA : Makmal Komputer dibuka Pada Waktu Malam
Penggunaan makmal komputer yang terhad hanya pada waktu siang adalah amat menyukarkan kepada segelintir mahasiswa yang hendak melayari internet tetapi tidak mempunyai kemudahan komputer riba sendiri bagi menyiapkan tugasan mereka , berikutan pada waktu siang mereka mengalami kekangan masa setelah menghadiri sesi perkuliahan seawal pagi sehingga petang , oleh itu hanya pada waktu malam sahaja mereka dapat meluangkan masa untuk mencari maklumat tambahan bagi tugasan mereka.Semua sedia maklum bahawa setiap mahasiswa di kehendaki membayar RM 50.00 dalam yuran setiap semester, jadi tidak salah kiranya para pentadbir KUIM membuka makmal komputer untuk kegunaan mahasiswa setimpal dengan bayaran yuran setiap sesester itu.

MEMORANDUM KETIGA : Kegunaan Bus Kolej Pada Hujung Minggu Ke Melaka Sentral
Berikutan penambahan pelajar yang mendaftar di kuim , kemudahan bas awam yang disediakan daripada kuala ke masjid tanah dan ke melaka central adalah amat terhad dan terlalu padat apabila tiba hujung minggu,sehingga menyebabkan para pelajar terpaksa berebut dengan orang awam untuk menaiki bas tersebut. Justeru bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,kemudahan bas pada hujung minggu untuk ke melaka central adalah amat diperlukan oleh para mahasiswa kuim.Kami mencadangkan agar pihak KUIM menyediakan jadual pengangkutan bus ke MC pada setiap hujung minggu berkerjasama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa.

MEMORANDUM KEEMPAT : Masalah Bumbung di Tempat Letak Kenderaan Rumsis
Mahasiswi yang tinggal di Rumsis saidina usman dan saidina umar serta blok bahagian Tun Teja dan Tun Fatimah mengeluh apabila mereka dihadkan tempat parking motosikal di satu tempat khas yang tidak berbumbung. Sekiranya mereka parking di kawasan lain, akan dikenakan saman ke atasnya. Sekiranya tempat yg dikhaskan adalah relevan, sebaiknya bumbung disediakan bagi mengelakkan kerosakan motosikal akibat panas serta hujan.

MEMORANDUM KELIMA : Masalah Tempat Letak Kenderaan di setiap Fakulti
setiap fakulti memang telah menyediakan tempat letak kenderaan, tetapi agak jauh dari bangunan fakulti. Masih terdapat kawasan kosong yang boleh di jadikan tempat letak kenderaan tanpa menghalang sesiapa yang tidak digunakan. Ramai yang dikenakan saman kerana parking di sekitar kawasan lapang tersebut. Harap kawasan parking dapat diluaskan bagi memudahkan mahasiswa yang mempunyai kenderaan.

MEMORANDUM KEENAM : Permintaan Jalan Berturap ke Masjid Berhampiran Tasik
Untuk makluman pihak Tuan, kami membawa suara siswa-siswi KUIM agar pihak Kolej mewujudkan jalan berturap ke masjid yang berhampiran tasik. Jalan tersebut memudahkan siswa-siswi yang berjalan kaki untuk ke Masjid kerana jalan tersebut lebih dekat. Akan tetapi, jalan tersebut tidak berturap dan juga tidak berlampu. Ia agak berbahaya bagi pejalan kaki pada waktu malam yang ingin ke masjid untuk menunaikan solat.

MEMORANDUM KETUJUH : Pembinaan Susur Gajah (laluan penjalan kaki) Dari Pondok Pengawal ke Kafeteria
Berkenaan dengan laluan pejalan kaki berbumbung sering menjadi keluhan siswa siswi lebih-lebih lagi apabila hari hujan. Hal ini akan menjadi buah mulut mahasiswa kerana menyebabkan kelewatan hadir ke kelas. Masalah ini juga telah menjadi sebutan pada semester yang lepas tetapi dikatakan akan siap pada 2013. Adakah ini betul atau tidak? Dan rasanya pembinaan pejalan kaki berbumbung itu tidak memerlukan jangka masa yang panjang untuk menyiapkannya. Harap dapat dipertimbangkan secepat yang mungkin.
MEMORANDUM KELAPAN : Membaikpulih Kerosakan Gelanggang Futsal
Untuk makluman pihak tuan , gelanggang futsal yang terdapat di stadium kuim adalah sebanyak 3 buah gelanggang , tetapi hanya 2 buah sahaja yang boleh dgunakan , perkara ini menjadi masalah kepada pihak kami apabila menganjurkan sukan futsal ,tetapi tidak mempunyai gelanggang yang mencukupi. masalah kerosakkan gelanggang futsal ini juga telah berlarutan selama beberapa semestar,tanpa ada sebarang perubahan biarpun aduan telah banyak kali dilakukan.
MEMORANDUM KESEMBILAN : Mengurangkan Cas Penyimpanan Barang di Rumsis Pada Cuti Semester
Bayaran sebanyak RM 20 yang dikenakan kepada setiap pelajar yang meletakkan barang di stor rumsis adalah kurang releven , kerana bayaran tersebut agak mahal dan bayaran yang dikenakan tersebut tidak menjamin keselamatan barang yang ditinggalkan . Kerana terdapat aduan daripada segelintir mahasiswa yang meletakkan barang , melaporkan terdapat kehilangan barang yang disimpan

MEMORANDUM KESEPULUH : Mahasiswa Pulang ke KUIM sehingga jam 9
Permohonan agar waktu untuk mahasiswa pulang ke rumsis daripada jam 7 dianjakkan ke jam 9 adalah kerana beberapa faktor yang perlu diambil kira,antaranya : memudahkan pelajar yg berada di luar kawasan kampus untuk solat dahulu sebelum pulang ke kuim.Masalah kelewatan disebabkn menaiki kenderaan awam, pelajar di beri sedikit kelonggaran seperti IPT yg lain memudahkan pelajar yang berada di luar daripada negeri melaka untuk pulang. Antara sebab lain juga, memberi peluang kepada mahasiswa untuk makan di luar kawasan KUIM pada waktu malam. Bagi MPM melewatkan mahasiswa pulang ke rumsis pada jam 9 malam tiada masalah kerana mahasiswa mampu berfikir dan berdikari. Andaikata berlaku kes yang tidak di ingini yang melibatkan mahasiswa KUIM,KUIM berhak menarik balik kelonggaran ini kepada mahasiswa.Untuk mahasiswi kami mencadangkan agar waktu pulang ke KUIM pada jam 7 malam di kekalkan.

MEMORENDUM KESEBELAS : Pendaftaran Subjek, Jadual Peperiksaan dan Keputusan Peperiksaan Secara Online
Selaras dengan kemajuan teknologi sekarang dan matlamat KUIM untuk mencapai university penuh pada masa akan datang,Kami mencadangkan agar cara pendaftaran subjek, pemberitahuan jadual peperiksaan dan juga keputusan peperiksaan di lakukan secara online. Hal ini bagi meningkatkan lagi sistem pengurusan yang ada agar sesuai dengan taraf sebuah universiti kelak dan juga akan memudahkan pelajar. Pihak KUIM seharusnya memandang serius berkaitan ICT ini kerana setiap mahasiswa yang ingin melanjutkan pelajaran ke KUIM sering bertanya berkaitan dengan kemudahan ICT. Mungkin dengan adanya kemudahan ini memberi lebih kepercayaan kepada ibubapa terhadap KUIM.

MEMORANDUM KEDUA BELAS : Membina Pagar Antara Rumsis Tun Dengan Blok Bestari
Demi keselamatan para siswi ,kami mencadangkan agar di sediakan pagar antara blok Bestari dengan penempatan siswi di Tun Teja dan Tun Fatimah. Hal ini kerana kami mendapat aduan bahawa ada pelajar lelaki dan perempuan yang berjumpa pada waktu malam. Di khuatiri juga dengan ketiadaan pagar, akan memudahkan pelajar lelaki menyelinap masuk ke penempatan siswi ekoran penempatan siswi yang agak jauh dari pantauan di pondok pengawal.

MEMORENDUM KETIGA BELAS : Penambahan Mesin ATM
Bagi memudahkan pelajar dan juga staf di KUIM, kami ingin mencadangkan agar mesin ATM di tambahkan. Hal ini kerana, mesin ATM yang sedia ada tidak mencukupi dan kadangkala ianya rosak dan mengambil masa yang lama untuk di perbaiki.

MEMORENDUM KE EMPATBELAS : Etika Pakaian Menutup Aurat bagi Semua Pelawat
Ekoran kami sangat mengambil berat isu pemakaian mahasiswa dan mahasiswi di sekitar kampus. Oleh itu, kami ingin mencadangkan agar adanya protokol dan etika pemakaian bagi pelawat juga. Hal ini kerana kami memerhatikan adanya pelawat atau orang luar yang berurusan di pejabat pengurusan tanpa menutup aurat. Maka, ingin kami menegaskan bahawa perlunya pemeriksaan atau pemberitahuan etika pemakaian bagi setiap pelawat yang ingin berurusan di KUIM. Bukan sahaja pelawat, malah pekerja KAFE juga perlu di beri penekanan soal aurat ini.

MEMORENDUM KELIMA BELAS : Mewujudkan Medan Niaga Siswa
Untuk melahirkan mahasiswa yang berjiwa usahawan dan menyahut seruan kerajaan agar mahasiswa mencuburi bidang keusahawanan,kami ingin mencadangkan agar medan niaga di wujudkan di hadapan KAFE. Hal ini bagi mevariasikan pilihan makanan yang sedia ada. Kelab dan Persatuan mahasiswa bolehlah menjalankan perniagaan di Medan Niaga ini. Ini lebih mewujudkan suasana KUIM yang meriah dan suasana yang aktif.

MEMORENDUM KEENAM BELAS : Permintaan untuk Penambahan Bas
Untuk makluman Pihak Tuan, kami telah menerima aduan daripada mahasiswa iaitu permintaan untuk penambahan bilangan bas di Kolej Universiti Islam Melaka. Kami sedia maklum bahawa bas yang ada milik kolej hanya sebanyak 3 buah sahaja. Dan Kebanyakan Bas KUIM digunakan oleh pelajar dari Fakulti Kejururawatan. Pelajar—pelajar dari Fakulti yang lain apabila mengadakan sesuatu program yang memerlukan pengangkutan, terpaksa menyewa pengangkutan dari luar. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan siswa-siswi. Siswa-siswi berpendapat bahawa mereka juga berhak menggunakan pengangkutan KUIM kerana telah membayar wang pengangkutan sebanyak RM 100. Mohon jasa baik Tuan mempertimbangkan usul ini.

MEMORANDUM KETUJUH BELAS : Pemakaian Kad Matrik Setiap Masa di KUIM
Berkenaan dengan pemakaian kad matrik di KUIM, kami ingin mencadangkan agar siswa-siswi di wajibkan memakai kad matrik sepanjang masa apabila berada di kawasan kampus. Hal ini bagi mengelak pencerobohan orang luar ke Kolej Universiti Islam Melaka. Apa yang telah kami perhatikan, pengawal memainkan peranan yang penting untuk mengawasi tindak tanduk pelajar. Peringatan yang diberi kepada siswa-siswi tidak berterusan dan amat kurang menyebabkan siswa-siswi endah tak endah tentang hal ini. Dengan permakaian kad matrik ini juga dengan mudah pihak MPM untuk menangkap mahasiswa yang bersalah dengan merampas kad matrik seterusnya merujuk terus kepada Hal Ehwal Mahasiswa berkenaan kesalahan mahasiswa.

MEMORANDUM KELAPAN BELAS :Penambahan Taman di kawasan KUIM
Berbanding dengan IPT lain,KUIM masih kurang taman-taman bunga atau taman yang yang membolehkan para mahasiswa berjumpa ataupun bersiar-siar. Dengan adanya taman boleh mencantikan lagi landskap keindahan kolej kita. Selaras dengan slogan negeri Melaka Negeri kusayang, Bandar Melaka teknologi hijau ,Seharusnya KUIM menyahut seruan itu untuk menghijaukan lagi KUIM dengan taman-taman. Dengan wujudnya taman ,mungkin MPM boleh menganjurkan aktiviti taman angkat ataupun taman memorial.

MEMORANDUM KESEMBILAN BELAS : Memasyarakatkan Tasik KUIM
KUIM adalah IPT yang bertuah kerana mempunyai tasik buatan yang cantik dan tersegam indah di hadapan masjid Al ilmi. Tetapi sayang tasik itu hanya sekadar tontonan dan penyejuk mata sahaja tanpa ada apa-apa aktiviti disitu. Kami mencadangkan kepada KUIM agar mewujudkan sesuatu yang boleh di jadikan tasik itu di kujungi oleh mahasiswa KUIM sebagai contohnya kawasan berjogging, memancing, wujudnya meja-meja di kawasan tasik. Dengan adanya semua itu ,tasik KUIM dapat di memasyarakatkan.

MEMORANDUM KEDUA PULUH : Mewujudkan Tabung Aktiviti Mahasiswa
Semua sedia maklum dalam yuran pendaftaran pelajar sewaktu semester 1 di kehendaki membayar sebanyak RM 100.00 bagi seorang mahasiswauntuk yuran aktiviti pelajar. Andai kata kemasukan mahasiswa seramai 1000 orang maka jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 100,000.00 .tetapi menjadi keraguan kepada barisan MPM dan mahasiswa apabila duit itu bagaikan lenyap tanpa mendatangkan faedah kepada mahasiswa.terbukti apabila apa sahaja aktiviti yang di lakukan mahasiswa , mahasiswa tidak di beri dana untuk membuat program,hanya bergantung dengan dana daripada MPM,tabung kebajikan dan juga HEM. Di harapkan agar pihak KUIM dapat mewujudkan tabung aktiviti mahasiswa yang di khaskan untuk membantu program –program mahasiswa. Dengan adanya program yang mantap yang di anjurkan oleh mahasiswa secara tidak lansungnya dapat menaik nama KUIM itu sendiri.

MEMORANDUM KEDUA PULUH SATU : Memohon Bilik Gerakan Persiss
Persatuan pelajar yang baru di tubuhkan adalah persatuan siswa siswi fakulti Sastera dan Sains Sosial (PERSISS), persatuan ini masih baru dan menghadapi satu masalah iaitu berkenaan ketiadaan bilik gerakan . Buat pengetahuan pihak tuan,setiap persatuan perwakilan mahasiswa KUIM mempunyai bilik gerakan bertujuan untuk mengadakan perjumpaan,menyimpan fail dan sebagainya. Memohon pertimbangan kepada pihak tuan agar memberi satu ruang atau kelas untuk di jadikan bilik gerakan. Di Fakulti Sastera dan Sains sosial tidak mempunyai bilik kosong kerana kepadatan kelas pelajar dan bilik pensyarah. Kami mencadangkan agar dewan kiambang di fakulti ini di jadikan sebahagian bilik gerakan memandangkan ada bilik kecil dan ruang yang panjang di dewan ini. Untuk di jadikan pemisah mungkin boleh mengunakan almari ataupun simen.
MEMORANDUM KEDUA PULUH DUA : Pemasangan LCD kekal di Auditorium
Kebanyakan program yang rasmi kolej dan mahasiswa sering di adakan di Auditorium Pujangga KUIM ,tetapi malangnya terlampau banyak masalah yang berlaku di auditorium. Seperti pembesar suara dan juga ketiadaan LCD. Ia boleh mencacatkan majlis KUIM. Kami mencadangan agar memasang LCD kekal di auditorium. dengan melakukan permasangan LCD secara kekal di auditorium boleh melancarkan lagi majlis,memudahkn proses perkuliahan yang djalankan oleh pensyarah. Selain itu dengan menambah pembesar suara yang baru juga memberi kelancaran yang lebih baik kepada mutu pengunaan auditorium.

MEMORANDUM KEDUA PULUH TIGA : Masalah Pembesar Suara Di Rumsis
Untuk makluman pihak tuan, disetiap rumsis mempunyai sistem pembesar suara yang diletakkan bagi memudahkan urusan penyebaran maklumat untuk disampaikan . Malangnya terdapat pembesar suara yang rosak di beberapa buah rumsis semenjak semesta lepas lagi dan tiada sebarang pembaikpulihan dilakukan . Perkara ini menjadi sukar apabila terdapat maklumat penting yg ingin disampaikan dengan kadar segera.

MEMORANDUM KEDUA PULUH EMPAT : Mewujudkan Kursus Budi Bahasa Budaya KUIM Kepada Semua Staff KUIM
Pihak kami mendapat banyak aduan daripada para mahasiswa mengenai sikap dan cara layanan staff KUIM kepada mahasiswa yang amat teruk. Kerana ada antara staff KUIM yang memberi layanan kepada para mahasiswa dengan cara bermasam muka ,tinggi suara dan lain- lain lagi. Ini menyebabkan para mahasiswa tidak puas hati dan menjadi tidak hormat kepada para staff KUIM. Benarlah kata pepatah yang tua kita hormati yang muda di sayangi. Jika staff KUIM memberi layanan yang baik kepada para mahasiswa insyallah para mahasiswa akan hormat kepada staff KUIM. Kebiasaan terjadi kepada kerani fakulti dan pengawal. Sebagai contohnya pengawal merupakan orang yang pertama yang menyambut tetamu seharusnya memberi layanan yang baik kepada tetamu dan mahasiswa , kerana luaran akan mencermin dalaman. Pihak MPM mencadangkan agar Kursus Budi Bahasa Budaya KUIM di wujudkan kepada staff KUIM. Seperti ceramah, memakai tag budi bahasa dan mempunyai poster budi bahasa di setiap kaunter dan pondok pengawal. Dan jika di bahagian staff KUIM sudah tiada masalah ,pihak MPM akan teruskan kesinambungan kepada Mahasiswa pula.

MEMORANDUM KEDUAPULUH LIMA : Permohonan Kemudahan untuk pelajar OKU.
Sukacita di maklumkan bahawa di KUIM mempunyai pelajar kurang upaya (oku),dan sebagai MPM kami ingin menjaga kebajikan mereka kerana mereka insan yang istimewa. Kami mencadangkan agar KUIM menyediakan:
1. Memohon Laluan Khas Di Kafeteria

Laluan khas di cafeteria bagi pelajar-pelajar OKU untuk membeli makanan. Ini kerana, kesesakan di cafeteria terutamana pada waktu tengahati membuatkan para pelajar OKU sukar membeli makanan dan membuat bayaran. Diharapkan pihak pengurusan kafe dapat menyediakan laluan khas tersebut bagi para pelajar OKU.

2. Tandas OKU di fakulti dan bahagian-bahagian lain di kolej

Kemudahan tandas yang selesa dan sesuai diperlukan oleh semua pelajar terutamanya untuk pelajar-pelajar OKU. Ini dapat memudahkan mereka yang mempunyai masalah dari segi fizikal.

3. Ruang khas untuk pelajar OKU di perpustakaan

Diharapkan pihak kolej dapat menyediakan ruang khas bagi pelajar OKU di perpustakaan dengan menyediakan satu sudut khas bagi pelajar tersebut,
Ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar OKU semasa mereka berada di perpustakaan .bilangan pelajar yang ramai membuatkan para pelajar OKU sukar untuk mendapat tempat jika berada di perpustakaan,

4. Kenderaan untuk pelajar OKU semasa program rasmi yang melibatkan pelajar OKU seperti MHS dan program –program lain anjuran kolej

Di harapkan pihak kolej dapat menyediakan kenderaan untuk pelajar- pelajar OKU yang mempunyai masalah dari segi fizikal. Kesukaran untuk berjalan jauh menyebabkan mereka susah untuk melibatkan diri dalam-dalam program yang di anjurkan.

Penutup

Saya berharap agar pihak kolej dapat membuat pertimbangan berkenaan dengan memorandum yang telah saya berikan selaku YDP MPMKUIM kepada pihak tuan sebagai mewakili suara mahasiswa KUIM seramai 3109 orang. Saya berharap juga pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa akan mendapat maklum balas daripada pihak tuan dengan mengadakan perjumpaan secara rasmi antara Majlis Perwakilan Mahasiswa bersama dengan pihak Pentadbir KUIM. Dengan maklum balas yang diberikan kami akan memaklumkan pula jawapan di setiap memorandum kepada mahasiswa dalam program kami ataupun secara media cetak mahupun media elektronik.

Tujuan saya tidak lain dan tidak bukan selain untuk mewujudkan suasana harmoni dengan bersatu padu tanpa ada tidak puas hati antara mahasiswa dengan pihak Kolej. Insyallah kita mampu mewujudkan suasana yang islamik,berintigriti, kesefahaman dengan menjaga kebajika kita semua.

Semoga 25 Memorendum ini dapat mengubah segalanya daripada hitam menjadi putih,daripada keras menjadi lembut,daripada malap menjadi bersinar,daripada malas kepada rajin ,daripada negatif kepada postif.

Segala kerjasama dan keprihatinan yang di berikan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.
" Transformasi Mahasiswa Ulul Albab Beragenda ." 

Mohamad Aliff Azrai Bin Mat Zain
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Kolej Universiti Islam Melaka



Thursday 10 May 2012

Bukan Kerja Dia Seorang



Sudah puas saya berfikir.

Manusia mana yang tidak ada langsung tanggungjawab?

Saya lihat tidak ada manusia yang hidup tanpa tanggungjawab melainkan orang tersebut telah hilang kewarasan akalnya untuk berfikir.

Kalau seseorang itu tidak memegang apa - apa jawatan sekalipun,dia tetap mempunyai tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T.

Itu Kerja Ketua Bukan Aku.



Jawatan

Apabila saya sebut perkataan ini,baru saya sedar yang manusia suka sangat mengaitkan tanggungjawab dengan jawatan. Apabila tiada jawatan,maka dia merasakan bahawa dia tidak ada tanggungjawab dan terlepas dari segala beban kerja.

Betulkah?

Bagi saya,saya akan menyatakan bahawa itu adalah satu fahaman yang silap.


Kita Semua Kena Jadi Ketua.

“Anda semua perlu jadi ketua.”

Terngiang kata - kata Cikgu Fadzil yang agak ringkas tapi bagi saya ia membutirkan makna yang cukup mendalam. Kata-kata tersebut saya dapat ketika pertama kali saya dilantik menjadi Ketua Umum Asrama di bangku sekolah dulu.




Apa yang saya faham,walaupun kita bukan pengetua,kita perlu ada rasa tanggungjawab seperti pengetua dalam menjaga urusan sekolah atau asrama. Bukan bermaksud kita mengambil alih tugas pengetua tetapi kita perlu peka,ambil berat,kasih dan sayang sebagaimana kebiasaan setiap pengetua terhadap sekolahnya.

Saya merasakan bahawa konsep tanggungjawab itu sangat penting.

Bukanlah jawatan kita yang menentukan tanggungjawab kita. Hakikatnya,kita semua berkongsi tanggungjawab yang sama.

Kita kena sedar,tujuan jawatan itu diwujudkan adalah untuk pembahagian tugas sahaja tetapi kita semua tetap sama.

Atas dasar itu, Rasulullah SAW memperingatkan kita agar memelihara dan bertanggungjawab ke atas setiap amanah yang dipikul setiap manusia sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.”
 ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bangunkan Tanggungjawab Dalam Jiwa.


Mari kita duduk sebentar bermuhasabah diri.

Kita perlu merasakan bahawa diri kita yang akan dipertanggungjawabkan. Bukan sekadar meletakkan beban keatas orang lain tetapi segalanya perlu bermula dari diri kita sendiri.

Kita sebagai pelajar tidak akan mampu menjadi direktor universiti semasa kita sedang belajar. Apa yang perlu kita buat ialah menjaga tempat kita belajar dengan segala kemampuan yang kita ada bersama dengan tanggungjawab.

Kita sebagai rakyat biasa tidak akan mampu menjadi Perdana Menteri semasa kita menjadi rakyat biasa. Apa yang mampu kita lakukan ialah menjaga diri dan fikiran kita dari dijajah semula dengan penuh rasa tanggungjawab.

Apatahlagi untuk Islam.Amat mustahil kita menjadi Rasul.Tetapi kita mestilah mencintai,mempunyai keinginan untuk menyebarkan dakwah dan mempertahankannya sebagaimana Rasulullah S.A.W telah tunjukkan teladan kepada kita dalam kehidupan Baginda.

Bangkitlah!

Hidupkan rasa tanggungjawab dalam jiwa kita.

Setiap masa.Setiap tempat.Dimana jua anda berada.

Tidak kira siapa kita dan apa jua jawatan kita.

Sedarlah kita semua adalah PEMIMPIN.

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah 2:30)



" Transformasi Mahasiswa Ulul Albab Beragenda ." 

Hassriq Hafize b Abdul Halim Hafiz
EXCO PEMBANGUNAN INSANIAH & PERPADUAN