Monday, 29 October 2012
Saturday, 27 October 2012
~Barisan Media Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA~
BARISAN BULETIN MPM KUIM~....
Muhammad Izzuddin Bin Dusis
PENGARAH DAN PENERBIT
KETUA EDITOR
Muhammad Nurhafiz bin Mohd Noor
PENOLONG KETUA EDITOR
Hasridah Binti Yusuf
JURUKAMERA
JURUAUDIT
Ummi Marhain bt Johari
WARTAWAN
Izzati Nurdiyana Bt Nordin
WARTAWAN
Nurul Aina Bt Amran
~ Barisan buletin MPM ~
~SUKIPT~
SUKIPT !!
MARI HADIR BERAMAI RAMAI MEMBERI
SOKONGAN KEPADA ATLIT-ATLIT KUIM
(Jadual Perlawanan)
( 7 Acara yang disertai KUIM)
ACARA TARIKH TEMPAT
Badminton 29 okt– 5 Nov Dewan Pusat Sukan UM
Bola Jaring 29-okt—4 Nov Dewan Serbaguna Pusat Sukan UPM
Bola Tampar 29 okt—4 Nov Dewan MBSA
Catur 7-11 Nov Politeknik Shah Alam
Olahraga 7-11 Nov Stadium UPM
Sepak Takraw 7-11 Nov Dewan UITM
Taekwondo 29 okt– 3 Nov Stadium tertutup USIM
|
SAF MELABUHKAN TIRAINYA
Oleh: Bintu Eusof
30 September- Sukan antara Fakulti(SAF) hari ini telah melabuhkan tirai penutup setelah seminggu pelbagai aktiviti seperti pentaque, sepak takraw dan bola tampar di jalankan.
Em Baharom Bin Said selaku Pengarah Hal Ehwal Mahasiswa mengatakan SAF adalah satu input yang sangat baik dan mengatakan bahawa setelah SAF kita akan terus menumpukan perhatian kepada sukan antara IPT demi memajukan sukan untuk negara.
Pengarah Program iaitu Meor Azizi Bin Zulkifli mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa mahasiswi yang telah hadir dan ribuan terima kasih kepada pihak Hal ehwal Mahasiswa (HEM) kerana telah meluluskan SAF seterusnya kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa kerana telah sama-sama membantu untuk menjayakan SAF.
Majlis Penutup di rasmikan oleh Encik Shahfi Amirul dengan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana SAF mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan melihat ajk program mempunyai komitmen yang sangat besar dan berharap SAF menjadi platform KUIM untuk membina atlet harapan negara.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Corat Coret SAF
Pasukan Polis membuka majlis dengan persembahan demonstrasi.
Bunga API (AKADEMIK PENGAJIAN ISLAM)
Pasukan Bola Sepak dalam FINAL
Bincang En Baharom dan En Hadi
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
API KIAN MEMBARA
30 September- Fakulti Pengajian Islam (API) muncul sebagai juara kesuluruhan dengan merangkul 17 pingat dalam sukan antara Fakulti(SAF) sekaligus merupakan pasukan perarakan terbaik dengan jumlah yang ramai berbanding fakulti lain. Yang Di Pertua API memanjatkan kesyukuran terhadap kemenangan API dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang lainnya dan berharap program SAF dapat di meriahkan lagi dengan kedatangan ramai pelajar pada semester depan.
PERSEDIAAN SUKAN ANTARA FAKULTI ( SAF)
Oleh: Diana Dawson
PADA 24 hingga 30 September program sukan antara fakulti akan diadakan bertempat di Stadium Kolej Universiti Islam Melaka. Program ini melibatkan semua mahasiswa dan mahasisiwi Kolej Universiti Islam Melaka dengan objektif untuk merapatkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dan mahasiswi. Program ini dianjurkan oleh Exco Belia Sukan dan Rekreasi.
Banyak pertandingan yang akan dipertandingkan antaranya ialah pertandingan bola sepak yang berlangsung pada hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.30 petang di stadium Kolej Universiti Islam Melaka. Manakala pertandingan futsal dan olahraga pula akan diadakan pada hari Jumaat pada jam 2.30 hingga 6.30 petang juga di stadium Kolej Universiti Islam Melaka.
Seterusnya, pertandingan yang melibatkan penyertaan mahasiswa lelaki dan perempuan adalah seperti ping pong, sepak takraw, bola jaring, catur, dan bola tampar. Semua pertandingan ini akan diadakan pada jam 12 tengah hari sehingga 6.30 petang.
Majlis penutup bagi program ini pula akan diadakan pada hari Ahad dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Gimik perasmian seperti persembahan dari pasukan barisan pixie juga bakal diadakan. Bapa angkat KUIM juga akan turut hadir pada hari tersebut. Selain itu terdapat juga persembahan dari pasukan pancaragam dan satu kejutan untuk semua mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka.
YDP turut hadir memeriahkan Majlis.
Pasukan Bola sepak yang bertanding di FINAL
SUKAN SAF : SAMBUTAN MAHASISWA LUAR BIASA UNTUK SAF 2012
OLEH : MARHAIN JOHARI
Baru-baru ini di Kolej Universiti Islam Melaka telah dianjurkan program Sukan Antara Fakulti (SAF) dimana acara-acara sukan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi KUIM. Antara aktiviti sukan yang mendapat sambutan ramai ialah bola sepak. Acara ini telah berlangsung pada hari Isnin bertempat di Stadium KUIM. Ramai mahasiswa dari setiap fakulti mengambil bahagian dalam acara ini. Bahkan juga staf-staf KUIM turut melibatkan diri dalam acara tersebut.
Mengikut dari hasil temu ramah yang telah dibuat pada seorang pelajar fakulti FSSS iaitu Shahnoor Ridzwan b. Shaari dari kos sarjana muda Psikologi , sukan SAF ini berlangsung selama seminggu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain itu, beliau juga mengatakan sukan saf ini adalah satu aktiviti sukan dwitahunan yang dianjurkan untuk mahasiswa dan mahasiswi KUIM. Beliau juga turut melibatkan diri dalam acara sukan ini dengan mewakili fakulti Sastera dan Sains Sosial dalam acara bola sepak. Selain itu, beliau merupakan setiausaha projek karnival sukan antara fakulti dan beliau juga mengatakan pada acara penutupan akan diadakan perhimpunan gelombang mahasiswa.
Dalam acara sukan SAF ini, staf-staf KUIM juga turut melibatkan diri dalam acara sukan SAF ini. Antara staf-staf yang sempat kami temuramah ialah Ustaz Adam Norisham daripada Fakulti Akademik Pengajian Islam. Beliau bermain dalam team staf KUIM dan mengambil posisi pertahanan kiri. Beliau mengatakan permainan sukan ini sangat baik disamping kita dapat beriadah mengeluarkan peluh, kita juga dapat menghubungkan hubungan antara pelajar-pelajar dengan staf-staf KUIM. Beliau juga berpendapat acara berlangsung dengan lancar dan sistematik serta pengurusan yang tepat dan bersesuaian yang telah di aturkan oleh saudara Meor Azizi bin Zolkfle. Beliau juga mengatakan sukan seperti ini perlu diadakan lebih kerap untuk membangkitkan semangat sukan pada mahasiswa di KUIM.
Seterusnya, kami juga sempat menemuramah En. Shahfi (Pegawai Sukan KUIM) yang juga turut mengambil bahagian dalam acara bola sepak ini. Beliau mengatakan program sukan ini sangat memberangsangkan dan sukan ini mampu melahirkan atlet-atlet KUIM untuk diketengahkan dengan lebih jauh. Selain itu, beliau berharap sukan SAF kali ini dapat mencapai objektif yang telah disasarkan iaitu dapat melahirkan atlet SAF ke peringkat yang lebih tinggi di samping dapat memupuk silaturahim antara staf dan pelajar-pelajar di KUIM.
~WARTA SUKAN~
Gimik SAF mengejutkan!
Antara gimik perasmian Sukan Antara Fakulti adalah persembahan pasukan anngota Polis Kuala Sungai Baru yang diketuai oleh En Ibrahim, beliau mengatakan persembahan ini khusus untuk mendedahkan kepada para pelajar serba sedikit tentang cara- cara menyerang tanpa senjata api dan cara mempertahan diri apabila di serang oleh penjenayah yang tidak menggunakan senjata berat dan tidam membahayakan.
Gimik yang kedua pula ialah perarakan masuk Basikal Pixy bersama-sama tetamu VIP yang turut mengayuh. Kata En Abu Bakar dari Kuala Sungai Baru, Kelab Sukarela yang dinaungi Oleh Bapa Angkat KUIM, YB IR, Ismail menggalakkan pelajar sekolah menjalankan aktiviti dalam Kelab berbasikal sebegini kerana ianya amat bagus. Pelajar dapat bercampur dengan mahasiswa KUIM untuk mendapat serba sedikit maklumat dan dapat belajar bersama-sama mereka.
Persembahan dan gimik yang di adakan sangat-sangat menarik dan telah berjaya memikat hati peserta dan tetamu yang hadir.
~WARTA SUKAN~
FSSS tumbang di Final
KUIM 30 September 2012- Stadium KUIM telah di gegarkan semasa perlawanan bola sepak antara Fakulti Hospitaliti(FPH) dan Fakulti Sastera dan sains Sosial (FSSS) pada pagi ahad. Pertarungan sengit antara kedua dua buah fakulti terlihat sangat hebat apabila FSSS yang di jangkakan akan menang akhirnya tersungkur di tangan FPH dengan gol 2-1.
Pertandingan tersebut di adili oleh Encik Hadi selaku wakil Hal ehwal mahasiswa dan Alumni KUIM. Pengarah SAF iaitu Meor Azizi selaku Exco Sukan MPM mengatakan pihaknya sangat berbangga di atas berjalannya perlawanan bola sepak tersebut walaupun fakultinya telah kalah dalam perlawanan tersebut.
Perlawanan bola sepak persahabatan ini walau bagaimanapun mencetuskan inspirasi buat pelajar KUIM untuk terus aktif dan giat menjalankan aktiviti seperti ini untuk menaikkan nama KUIM di persada negara. Diharapkan perlawanan bola sepak ini dapat menapis bakat-bakat baru pelajar dan membangkitkan semangan sukan dalam kalangan pelajar.
Adab Menuntut Ilmu
· Jauhi sifat hati yang tidak baik
- Sifat dengki, hasad, cemburu, bermegah-megah, suka memandang rendah terhadap keupayaan orang lain adalah antara sifat-sifat hati yang sepatutnya dijauhi.
· Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat gurunya
- Hormatilah guru anda. Gurulah yang menyalurkan ilmu kepada pelajar yang akhirnya membantu pelajar semakin cerdik dan bertambah matang. Jangan sesekali melupakan jasa dan pengorbanan guru.
· Wujudkan kesungguhan dalam diri untuk mencapai kecemerlangan
- Dengan sifat kesungguhan yang jitu, pelajar akan melihat sesuatu masalah yang besar sebagai masalah kecil yang mampu di tangani dengan mudah. Kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan apabila melakukan sesuatu perkara dengan cara terbaik merupakan tuntutan dalam agama.
· Niat beribadat semata-mata kerana Allah Swt
-Pelajar perlu menuntut ilmu dengan niat kerana Allah. Serta menyedari iamya suatu tuntutan dalam agama, ingin beribadat kepada Allah dengan lebih dekat melalui ilmu.
· Beradab sopan dengan guru
- Bila bertemu guru, pelajar hendaklah bersopan terhadap guru dengan mengucapkan salam serta bercakap secara lemah lembut dengan menggunakan nada yang rendah.
JAMUAN HARI RAYA KELAB MAHASISWA UNDANG-UNDANG (KMU)
Pengerusi KMU, Muhammad Anuar menyatakan rasa Syukur dan bahagia beliau apabila jamuan raya tahunan dapat diadakan seperti tahun lepas.
Pelbagai aktiviti raya secara tradisional seperti kacau dodol beramai ramai telah diadakan untuk mendedahkan kepada mahasiswa bagaimana cara membuat masakan tradisional. Walaupun penyelaras DUUS tidak dapat hadir namun beliau menyatakan sokongan beliau untuk program ini dan berharap program tahunan ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan untuk mengeratkan ukhwah sesama pelajar di KUIM.
Oh Masak-masak!
26 september 2012- Sepanjang 25 hingga 27 september telah diadakan carnival keusahawanan anjuran Fakulti Inovasi dan Perniagaan Pelbagai aktiviti telah di jalankan dan diantaranya adalah pertandingan memasak yang turut dianjurkan PERSPEP.
Wakil HOMSSA iaitu Mustaqim bin Abu Bakar dan Hakim berpuas hati dengan pertandingan memasak tersebut dan mengatakan bahawa program ini amat bagus untuk mengcungkil bakat terpendam dalam memasak. Mereka yang turut bertanding memasak menu utama terdiri daripada ayam mengatakan persembahan masakan mereka perlu lebih matang dan banyak yang dipelajari dari aktiviti yang diadakan tersebut.
Juri jemputan, Mohd Habiel Bin Ahmad selaku exco ekonomi MPM, mengatakan terdapat segelintir pelajar KUIM mampu menonjolkan bakat walaupun sesetengah peeserta tidak mempunyai asas pelajaran kulinari atau memasak di fakulti hospitaliti dan pelajar fakulti lain juga mempunyai kreativiti. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk melihat bakat -bakat pelajar dalam penyampaian makanan. YDP HOMSSA Muhd Haziq bin Hishamuddin, selalunya program yang di anjurkan HOMSSA ialah memasak, tetapi nampaknya pembaharuan bagi PERSPEP kerana menganjurkan aktiviti memasak.Beliau dalam kenyataannya memuji kehebatan PERSPEP kerana membuat aktiviti yang berada di luar bidang dan dapat mencungkil bakat pelajar.
Keseluruhan karnival keusahawanan begitu memberansangkan dan ini kali ketiga di adakan dan dengan sokongan semua program seperti ini dapat di adakan pada setiap semester.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUTRAJAYA
OLEH : MARHAIN JOHARI
Tanggal 25 September 2012 bersamaan hari Isnin telah diadakan lawatan ke Putrajaya yang telah disertai oleh ahli-ahli Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial (PERSIS) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (MPMKUIM) serta diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Ustaz Fahami Syukri b. Dzulkarnain dan Cik Farah Wahida bte Mustaffar.
Di sana kami telah berkunjung ke Muzium Kesenian Islam Malaysia ( Islamic Arts Museum Malaysia) berhampiran Masjid Negara,Kuala Lumpur. Terdapat banyak artifak-artifak Islamik yang telah dipamerkan. Selain itu, terdapat juga sejarah-sejarah kemerdekaan dan sejarah-sejarah kemasyarakatan yang wujud di Tanah Melayu.
ORIENTASI FAKULTI SAINS SOSIAL
Oleh: Aina Amran
ORIENTASI bagi fakulti Sains Sosial telah diadakan pada 21 hingga 23 September 2012. Program ini diadakan khusus untuk pelajar semester 1. Menurut YDP PERSISS iaitu Abdul Muiz yang juga merupakan pengarah program berkata bahawa objektif program ini adalah untuk mengubah persepsi pelajar yang terlibat untuk mengutamakan kokorikulum setanding dengan pelajaran sepertimana motto program ini iaitu “Transformasi Minda Memperkasa Ummah”.
Beliau turut menyatakan harapan agar peserta yang terlibat dapat mengubah sikap mereka kearah kebaikan setelah selesainya program tersebut dan beliau juga berharap supaya mahasiswa yang mengambil bahagian dapat mempraktikkan apa yang diperolehi sepanjang program berlangsung dalam kehidupan seharian dalam usaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, program sebegini amat bagus untuk memperbaiki jati diri pelajar semester 1 selain dapat merapatkan ukhwah antara junior dan senior dalam kos tersebut.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM DAKWAH DAN KESENIAN ISLAM
Oleh: Aina A
25 September 2012 - MAJLIS penutupan program “Dakwah dan Kesenian Islam” telah berlangsung pada 24 September 2012 di Auditarium Pujangga tepat pada jam 8 sehingga 11 malam. Majlis dimulakan dengan pertandingan debat peringkat akhir di antara Fakulti Inovasi dan Perakaunan dengan Fakulti Sains Sosial. Tajuk yang diperdebatkan adalah “Janji Sudah Ditepati”, dan pertandingan ini berakhir dengan kemenangan dari pihak kerajaan iaitu Fakulti Sains Sosial. Seterusnya, majlis penyampaian hadiah bersempena dengan program “Dakwah dan Kesenian Islam” yang berlangsung dari 17 hingga 23 September 2012.
Menurut salah seorang urusetia bagi program ini iaitu Muhd Nor Hafiz dari DUUS 1A, beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh mahasiswa sepanjang berlangsungnya program ini. Menurutnya juga, pada malam ini sambutan dari mahasiswa yang hadir bagi majlis penutup program ini agak memuaskan walaupun terdapat kelompongan di kerusi-kerusi penonton. Namun sambutan yang diberikan oleh sebilangan pelajar yang hadir agak memberangsangkan.
Bagi peserta yang terlibat pula iaitu Hilmi dari DUUS 1A, beliau berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana program sebegini sememangnya merupakan satu platform yang sangat baik untuk mencungkil bakat mahasiswa yang terpendam menerusi pertandingan yang dipertandingkan. Selain itu, peserta bagi pertandingan nasyid iaitu Muhd Khairuddin juga menyokong agar program ini diterusk
an kerana ia sangat bagus kerana dapat memupuk semangat Islamik dalam diri remaja khususnya. Bagi peserta yang memenangi tempat kedua bagi pertandingan nasyid pula mengatakan bahawa program ini dapat mengasah bakat remaja yang terpendam selain dapat memperluaskan lagi bakat remaja yang sedia ada. Beliau seronok menyertai program ini dan bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi.
Secara keseluruhan, program ini berjalan dengan jayanya. Namun, penekanan dari sudut sambutan perlu dipertingkatkan untuk menggalakkan lebih banyak mahasiswa yang terlibat dengan program sebegini kerana sesungguhnya program sebegini amat baik untuk menggilap bakat mahasiswa disamping dapat memupuk semangat islamik dalam diri mahasiswa.
Semoga bakat-bakat tersebut tidak terpendam saja di KUIM. Bittaufiq wannajah.
PERTANDINGAN DEBAT SEMPENA MINGGU DAKWAH DAN KESENIAN ISLAM (MDKI)
Debat Semi Final dengan pidato naib Canselor telah diadakan dalam minggu dakwah dan kesenian Islam (MDKI)Terdapat sedikit kecelaruan yang terjadi apabila terdapat mahasiswa memaklumkan juri bahawa tiada pertandingan debat yang di jalankann. Sebagai jalan penyelesaian, YDP fakulti dijemput untuk menjadi juri. Walaubagaimanapun YDP Persepsi Hirapille bin Mohd mengatakan semuanya berjalan lancar dan cemerlang.
Muhammad Ihsan dari kos usuluddin muncul sebagai Pendebat terbaik, mengatakan isu yang diperdebatkan adalah sangat bagus untuk di hayati iaitu masihkah rukun negara masih lagi relevann dan mengatakan bahawa pertandingan debat ini bagus untuk mencungkil bakat-bakar pelajar.
Minggu Dakwah dan Kesenian Islam: Mahasiswa Bijak Mengasah Bakat.
Oleh: MARHAIN JOHARI
‘Diam-diam ubi berisi’.Itulah yang dapat diungkapkan apabila Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menganjurkan pelbagai program yang nyata memberi impak dan kesan yang mendalam kepada para mahasiswa dan mahasiswi KUIM. Baru-baru ini,Persatuan Siswa Siswi Akademi Pengajian Islam(PERSEPSI) telah menjalankan satu program Minggu Dakwah dan Kesenian Islam (MDKI) bertempat di Auditorium Pujangga bermula dari pukul 9.00 malam dan berakhirnya pada pukul 12.00 malam.
Pengarah Program Minggu Dakwah Dan Kesenian Islam,Saudara Syarifuddin Bin Samsudin berkata, program ini bertujuan untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri setiap mahasiswa mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka.Beliau juga menyatakan bahawa bakat yang dimiliki ini perlu digilap supaya dapat ditonjolkan ke peringkat yang lebih tinggi dan mengharumkan nama Kolej Universiti Islam Melaka.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program Minggu Dakwah dan Kesenian Islam ialah pertandingan nasyid, hafazan, video islamik, berzanji, debat, pidato, bilal muda dan banyak lagi. Antara pertandingan yang mendapat sambutan hangat ialah pertandingan nasyid di mana pertandingan ini mendapat penyertaan yang paling banyak daripada mahasiswa mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka yang memberi sepenuh komitmen bagi menjayakan pertandingan ini.
Hasil tinjauan wartawan Al-Jareedah mendapati program ini merupakan program yang mampu menarik minat para mahasiswa mahasiswi KUIM untuk terlibat dalam progam islam di samping menjadi platform para peserta untuk menonjolkan bakat yang mereka miliki. Ia juga salah satu pendekatan baru yang boleh digunakan dalam menyebarkan fikrah islami dan membangunkan modal insane selaras dengan visi Kolej Universiti Islam Melaka yang ingin melahirkan graduan yang berketrampilan baik dari segi sahsiah, akademik,fizikal dan rohaniah.
Jauhi gejala kehancuran (LGBT)
Gejala Gay kini melanda dunia apabila mereka memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan pengesahan pernikahan haram mereka.
Ketika ini hangat diperkatakan mengenai berleluasanya gejala atau penyakit sosial yang cukup berbahaya kepada masyarakat di negara ini iaitu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Budaya songsang ini bukan saja ditentang Islam dan agama lain, malah bertentangan dengan norma masyarakat di negara ini serta Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama Persekutuan yang perlu dihormati dan dihayati.
LGBT secara umum adalah hubungan sejenis yang tidak mengenal batasan agama, budaya dan cara hidup. Masing-masing memilih untuk lebih menggemari pasangan sejenis sama ada lelaki atau perempuan atau kedua-duanya sekali dan termasuk mereka yang menggemari pasangan sejenis yang telah menukar jantina hakikinya. Ini membuktikan bahawa LGBT adalah selera seks yang sangat pelik, bahaya dan di luar tabii yang perlu dikekang sebelum menjadi barah kepada keharmonian hidup bermasyarakat yang normal di negara ini.
Malah, Malaysia sebagai negara Islam yang begitu dihormati dan disegani akan tercalar imej sekiranya barah baru masyarakat ini tidak dibanteras sejak awal lagi serta ditangani secara bijaksana. Ini kerana perbuatan yang melampaui batas ini boleh memberi kesan negatif dan padah yang besar kepada semua sekiranya perkara yang sangat kritikal ini tidak diberi perhatian sewajarnya memandangkan budaya ini boleh merosakkan jati diri, mental, agama, emosi, psikologi, zuriat, sistem nilai serta akal dan budi.
Budaya dan penyakit sosial ini jika dibiarkan tanpa tindakan akan membuka lebih banyak ruang kepada hubungan seks rambang yang tidak terkawal, tiada pertanggungjawaban, penyebaran nilai-nilai yang tidak bersopan, pornografi, mengagungkan seks serta penyebaran pelbagai jenis penyakit kelamin berbahaya yang menakutkan.Kajian saintifik banyak pihak di Barat memberi amaran bahawa hubungan homoseksual dan biseksual boleh menghancurkan masyarakat dan negara jika tidak ditangani sewajarnya.
Oleh itu, adalah ditegaskan sebarang usaha dan penganjuran apa jua program seperti Seksualiti Merdeka atau seumpamanya adalah bertentangan dengan prinsip akhlak dalam Islam dan fitrah kemanusiaan sejagat. Program Seksualiti Merdeka yang cuba diadakan baru-baru ini kononnya memperjuangkan kesamarataan dalam pengamalan seks dan menentang diskriminasi ke atas golongan LGBT atau turut dikenali LGBTIQ (lesbian, gay, biseksual, transeksual, interseksual and queer).
Seluruh lapisan masyarakat perlu menginsafi bahawa usaha untuk menyebarkan amalan seks yang bertentangan dengan fitrah kemanusiaan ini akan membawa kepada kemusnahan individu, masyarakat dan negara. Allah s.w.t telah mengingatkan manusia supaya menjauhi amalan seks yang melampaui batas ini melalui firman-Nya dalam surah Al-A’raaf, ayat 80–81 yang bermaksud:
“Dan (Kami mengutus) Nabi Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, mengapa kamu melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini). Sungguh, kamu telah melempiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.”
LGBT atau LGBTIQ jika tidak dikawal mampu meruntuhkan sistem kekeluargaan dalam masyarakat di negara ini dan boleh melemahkan jati diri seseorang apabila sanggup memilih pasangan sejenis sebagai teman hidup, teman untuk berkasih sayang dan memadu asmara sehingga di Barat sudah ada yang berkahwin dan berumahtangga dengan pasangan sejenis. Hak inilah yang sedang dituntut di seluruh dunia dan jika berjaya, ranaplah institusi keluarga yang menjadi ejen perluasan zuriat manusia di muka bumi ini. Biarpun begitu, ada yang bergelumang dalam budaya songsang dan kebebasan terlampau ini kerana kecelaruan identiti gender diri sendiri, desakan ekonomi sehingga menjadikannya sebagai sumber pendapatan melalui perkhidmatan seks kaum sejenis, malah tidak kurang juga memilih jalan keseronokan yang luar biasa dan luar tabii serta terlalu mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan yang tidak pernah penat menjahanamkan manusia. Namun, ada juga yang sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru dan terpengaruh dengan gaya hidup bebas rakan sebaya serta masyarakat Barat.
Sehubungan itu, orang ramai termasuk badan agama, institusi masyarakat, sistem pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendekati dan menyelami masalah golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual, interseksual dan queer ini bagi mendidik mereka meninggalkan perbuatan keji dan terkutuk berkenaan dan bukannya menyokong aktiviti haram tersebut. Golongan ini juga perlu ditingkatkan keyakinan diri mereka serta diperbetulkan kecelaruan identiti gender, diperingatkan bahaya dan kesan jangka panjang termasuk dari segi kesihatan sekiranya masih bertegas dengan prinsip dan perlakuan songsang mereka.
Semua pihak hendaklah sedaya upaya membantu mereka kembali kepada fitrah manusia. Ajaklah mereka menjalani kehidupan normal tanpa melakukan apa jua bentuk penganiayaan kepada golongan ini. Mereka perlu dibimbing kembali menjalani kehidupan lebih bermakna dan tidak tersisih daripada masyarakat melalui didikan agama yang mendalam, sokongan keluarga dan masyarakat, bantuan dari aspek psikologi, emosi dan lain-lain kepakaran berkaitan.
"Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
-- An-Nisa': 1
-- An-Nisa': 1
Subscribe to:
Posts (Atom)